Ïã½¶ÊÓÆµ

Print
Category: FOMCA di Pentas Media 2026

20260417 i saraanPersatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna Malaysia (ERA Consumer) mengalu- alukan kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan dividen sebanyak 6.15% untuk kedua-dua simpanan Konvensional dan Shariah bagi tahun 2025. Walaupun kadar dividen susut 0.15% berbanding dengan tahun sebelumnya, namun pulangan ini adalah antara yang terbaik dalam tempuh 5 tahun terakhir. Walaupun dalam keadaan suasana ekonomi yang tidak begitu stabil KWSP telah memberi pulangan yang baik.Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna Malaysia (ERA Consumer) mengalu- alukan kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan dividen sebanyak 6.15% untuk kedua-dua simpanan Konvensional dan Shariah bagi tahun 2025. Walaupun kadar dividen susut 0.15% berbanding dengan tahun sebelumnya, namun pulangan ini adalah antara yang terbaik dalam tempuh 5 tahun terakhir. Walaupun dalam keadaan suasana ekonomi yang tidak begitu stabil KWSP telah memberi pulangan yang baik.

Sejajar dengan dasar KWSP mewujudkan dana persaraan jangka panjang, adalah penting untuk para pencarum memastikan dana mereka mencukupi di hari tua nanti.

Pengalaman pahit semasa seluruh dunia terkesan akibat pandemik Covid 19 telah memberi pengajaran kepada ramai pencarum tentang kepentingan menabung. Ramai yang terpaksa diberhentikan kerja atau tidak dapat bekerja seperti biasa kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit ini.


Akibat pandemik Covid 19 ini, kerajaan telah membenarkan para pencarum yang terkesan membuat pengeluaran khas seperti i-Lestari, i- Citra dan sebagainya untuk membiayai urusan kewangan dan juga menjalani kelangsungan hidup ketika pandemik ini. Seramai 8.2 juta ahli atau pencarum telah membuat pengeluaran berkala. Ini sudah pasti akan menjejaskan simpanan hari tua mereka.

Maklumat perangkaan terbaru menunjukkan, hampir 74% pencarum KWSP yang masih mencarum secara aktif mempunyai caruman yang kurang dari RM100,000 apabila bersara nanti. Jumlah ini sememangnya tidak mencukupi untuk menjalani kelangsungan kehidupan untuk lebih dari 5 tahun selepas bersara.

Apa yang agak membimbangkan, mengikut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, haampir 60% pencarum antara 18-55 tahun tidak mencapai tahap simpanan minimum yang disasarkan bagi memastikan kecukupan simpanan apabila bersara.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyara kehaidupan harian, namun harus ada titik permulaan untuk penabungan. Ibu bapa perlu menjadi teladan kepada anak-anak mereka dan mendidik mereka untuk menabung dari awal, sejajar dengan pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Menabung dari kecil adalah sejajar dengan objektif literasi kewangan. Penabungan dari bangku sekolah akan mengelakkan anak-anak muda dari dibelenggu pinjaman yang tidak perlu. Contohnya, kalau anak-anak muda mempunyai penabungan yang mencukupi, mereka tidak perlu membuat pinjaman PTPTN. Jadi selepas pengajian mereka di menara gading, mereka tidak perlu menanggung hutang pendidikan atau pengajian.

Malah KWSP juga telah memperkenalkan sistem penabungan untuk remaja 14 tahun ke atas di mana para ibu bapa mula boleh menabung untuk anak-anak mereka. Malah kerajaan akan turut menyumbangkan 20% daripada jumlah simpanan atau maksima RM500 jika jumlah simpanan mencapai RM2500 untuk setiap individu setahun. Ini tidak termasuk dividen yang bakal dibayar oleh KWSP setiap tahun. Ramai ibu bapa yang tidak taha mengenai i-Saraan yang telah diperkenalkan oleh KWSP yang menawarkan insentif dari pihak kerajaan sebanyak 20%. Adalah menjadi tangggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka dari kecil untuk menabung dan menyertai program i-Saraan ini. Penabungan ini tidak semestinya bermula dari jumlah yang besar tetapi boleh dimulakan secara kecil-kecilan. Pasti satu hari nanti jumlah simpanan itu akan meningkat bak kata pepatah sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Walaupun KWSP mengadakan Program Literasi Kewangan Simpan Baik-baik (PLKSBB), namun program sedemikian perlu diperluaskan di kalangan para pelajar di bangku sekolah. Ramai di kalangan pelajar B40 dan juga M40 yang tidak tahu akan program yang dijalankan oleh pihak KWSP. Mungkin juga sasaran pihak KWSP hanya untuk kumpulan tertentu atau graduan yang bakal memasuki alam pekerjaan. Literasi kewangan perlu dididik dari bangku sekolah lagi dengan mengadakan pelbagai program untuk mendedahkan para pelajar ke arah penabungan.

Program sedemikian harus digunakan oleh para pengguna kerana pulangan dari KWSP dan juga dividen yang diberikan adalah jauh lebih baik dari pulangan yang diberikan oleh bank. Program sedemikian perlu disalurkan kepada orang ramai supaya mereka juga boleh turut menyertai program ini. Malah KWSP juga perlu memperbanyakkan lagi insentif sedemikian supaya ramai yang akan dapat merasai kebebasan kewangan atau ‘financial freedom’ suatu masa nanti.

KWSP perlu berusaha dengan lebih giat untuk memastikan ramai pelajar sekolah mula menabung walaupun dengan jumlah yang sedikit. KWSP juga perlu mengadakan lebih banyak program untuk para pelajar dan individu yang bekerja secara sendirian supaya mereka dapat menabung untuk membiayai yuran pendidikan mereka, mencapai kebebasan kewangan dan dapat berdikari di hari tua nanti.

Baskaran Sithamparam
Setiausaha Agung
Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna Malaysia (ERA Consumer)