BUKIT MERTAJAM 17 Jan - Seluruh negeri ini bakal diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dalam tempoh lima tahun menerusi program Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (Penbar).Pengerusi Jawatankuasa Keยญsihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Afif Bahardin berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama menjalankan kajian dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi memastikan peยญrancangan itu berjaya dilaksanakan.โLangkah ini adalah inisiatif kerajaan negeri dalam melinยญdungi rakyat daripada bahaya asap rokok.โKami akan menggiatkan lagi pelaksanaan program kesedaran kepada orang ramai tentang larangan merokok di kawasan awam dan taman rekreasi,โ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, enam taman awam dan rekreasi di sekitar negeri ini telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok iaitu Empangan Air Itam, Taman Perbandaran, Taman Botani, Empangan Teluk Bahang, Taman Bandar Ampang Jajar dan Empangan Mengkuang.
โUsaha ini diteruskan deยญngan mewartakan Tapak Waยญrisan Dunia Georgetown sebagai kawasan larangan merokok bermula 4 Julai 2015.
โCuma ketika ini kekangan untuk laksanakan larangan di seluruh Pulau Pinang adalah perlu mengambil kira beberapa faktor antaranya kawasan khas untuk perokok menghisap rokok,โ katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pulau Pinang sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak berlaku jangkitan rabies atau anjing gila berikutan mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) di Perak diwartakan sebagai kawasan jangkitan rabies.
Katanya, setakat ini tiada laporan atau kes berkaitan jangkitan rabies dilaporkan di Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan bersama Jabatan Perkhidยญmatan Veterinar sentiasa memantau situasi semasa.
Artikel Penuh:
ยฉ Utusan Melayu (M) Bhd