PUTRAJAYA: Indeks Gaji Kebangsaan (NWI) yang mengukur perubahan upah dan gaji dalam pasaran buruh Malaysia dilancarkan hari ini.Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata NWI yang pertama kali dilancarkan itu adalah sebagai panduan untuk majikan di negara ini menetapkan tahap gaji, membuat pelarasan gaji selain sebagai input kepada dasar sumber manusia syarikat.โIa juga membolehkan pekerja dan pencari kerja menjadikannya sebagai penanda aras gaji terhadap trend pasaran buruh yang lebih luas dan menilai perbandingan perubahan gaji dalam laluan kerjaya mereka.โSelain itu, NWI membolehkan pembuat dasar menilai perubahan gaji dalam pasaran buruh sebagai input kepada penetapan gaji, kajian semula kadar gaji minimum dan dasar perburuhan yang lain selain menjadi rujukan untuk kesatuan sekerja mengadakan rundingan.
โNWI ini adalah sebagai garis panduan dan penanda aras, bukan wajib untuk majikan ikut. Di negara maju lain juga mereka ada indeks dan tidak semestinya perlu ikut,โ katanya dalam sidang media di sini, semalam.Katanya, NWI dibangunkan oleh penyelidik daripada Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) yang mana ia mengumpulkan maklumat dan penyesuaian gaji kritikal.โTempoh rujukan untuk NWI yang dilancarkan ini adalah pada September 2016 hingga Jun 2018. Data itu dikumpulkan sepanjang lapan suku tahunan iaitu antara September 2016 hingga Jun 2018 daripada 3,000 organisasi dalam sektor swasta membabitkan 169 jenis pekerjaan yang mewakili 80 peratus pekerjaan utama di Malaysia.โIa dipilih secara rawak termasuk daripada sektor perladangan, perlombongan, pentadbiran, perdagangan borong dan runcit, hiburan dan rekreasi, maklumat dan komunikasi serta hartanah.
โNWI untuk sektor awam adalah berdasarkan data gaji yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM),โ katanya.Beliau berkata hasil utama NWI sepanjang lapan suku tahunan iaitu antara September 2016 hingga Jun 2018 menunjukkan bahawa upah asas dalam pasaran buruh Malaysia meningkat sebanyak 8.2 peratus dalam tempoh itu.โDalam tempoh itu juga, upah asas sektor swasta pula meningkat lebih tinggi iaitu sebanyak 8.3 peratus berbanding sektor awam iaitu 7.8 peratus.โSelain itu, mengikut di Semenanjung upah asas meningkat 8.6 peratus berbanding 6.6 peratus di Sarawak dan 5.4 peratus di Sabah dalam tempoh sama,โ katanya.
Fakta bidang NWI yang dibangunkan
โข Indeks gaji asas sektor awam dan swasta
โข Indeks jumlah gaji sektor awam dan swasta
โข Indeks gaji asas mengikut wilayah
โข Indeks jumlah gaji mengikut wilayah
โข Indeks gaji asas berdasarkan pekerjaan
โข Indeks jumlah gaji berdasarkan pekerjaan
โข Indeks gaji asas berdasarkan sektor ekonomi
โข Indeks jumlah gaji berdasarkan sektor ekonomi