㽶Ƶ

㽶Ƶ MALAYSIA
Toggle Navigation
  • 㽶Ƶ
  • PROFIL FOMCA
    • Sejarah FOMCA
    • Penasihat & Bekas Presiden FOMCA
    • Pemegang Amanah FOMCA
    • Penasihat Undang-Undang FOMCA
    • Majlis Tertinggi FOMCA 2023-2026
    • Ahli Gabungan Fomca
    • Pengurusan
    • Consumer International (CI)
    • Dasar Kualiti & Alam Sekitar FOMCA
  • INFO PENGGUNA
    • Hak-hak Pengguna
    • Tanggungjawab Pengguna
    • Pusat Aduan Pengguna
    • Apakah Standard?
    • Pusat Penyelidikan Dan Sumber Pengguna
    • Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia
    • Apa Itu Hak Asasi Manusia
    • Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
  • KEMPEN
    • SWITCH! - Kecekapan Tenaga
    • Kempen Konsumer Kebangsaan (3K)
    • Hari Pengguna Malaysia (HPM)
    • Kempen Fit-in-Tariff (FiT)
    • Pengguna Berhemat
    • Pengurusan Kewangan
    • GALERI FOTO
  • FOMCA DI PENTAS MEDIA
    • FOMCA di Pentas Media 2025
    • FOMCA di Pentas Media 2024
    • FOMCA di Pentas Media 2023
    • FOMCA di Pentas Media 2022
    • FOMCA di Pentas Media 2021
    • FOMCA di pentas media 2014 - 2015
    • FOMCA di pentas media 2012 - 2013
    • FOMCA di pentas media 2011
    • FOMCA di pentas media 2010
    • FOMCA di pentas media 2009
    • FOMCA di pentas media 2008
    • FOMCA di pentas media 2020
    • FOMCA di pentas media 2019
    • FOMCA di pentas media 2018 - 2019
    • FOMCA di pentas media 2016 - 2017
    • FOMCA Press Release
    • CONSUMER DIGEST
  • PENYERTAAN HPM 2002 - 2024
  • HUBUNGI KAMI
    • Peta Lokasi FOMCA
  • design1.jpg
  • DESIGN_7.png
  • design_8.png
  • Untitled-1.jpg
  • Untitled-2.jpg
  • Untitled-3.jpg
  • Untitled-4.jpg
  • Untitled-5.jpg
Previous Next Play Pause

Tindakan terbaik kerajaan naik taraf wad kelas 3 – FOMCA

  • Print
  • Email
Details
Created: 06 December 2024

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan dalam menyegerakan penyediaan kemudahan yang perlu di wad kelas tiga, Hospital Kuala Lumpur(HKL), demi keselesaan pesakit, merupakan langkah terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Saravanan Thambirajah berkata tindakan menaik taraf itu perlu memandangkan kualiti prasarana di wad kelas tiga masih di tahap rendah.

“Kualiti prasarana di wad kelas 3 masih sangat rendah. Memang satu tindakan terbaik jika kerajaan boleh menaik taraf prasarana di institusi kesihatan awam,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Katanya, prasarana seperti katil, tandas, peralatan hospital, kebersihan dan juga kawalan serangga amat penting untuk dinaik taraf agar ia dapat membantu pesakit untuk mendapatkan rawatan dengan lebih selesa.

Selain itu katanya, kerajaan juga perlu untuk menaiktaraf peralatan elektrik dan elektronik yang digunakan seperti inkubator dan peralatan pernafasan, selain memastikan kakitangan kesihatan awam mencukupi.

Dalam pada itu, rata-rata orang awam yang ditemui berpandangan wad yang menempatkan golongan B40 itu sudah tiba masanya dinaik taraf.

Muhammad Ariffuddin Anuar, 25 tahun berpandangan langkah kerajaan itu mampu memberikan ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk menarik nafas lega.

Read more: Tindakan terbaik kerajaan naik taraf wad kelas 3 – FOMCA

Pempengaruh jadi 'alat' pemasaran along

  • Print
  • Email
Details
Created: 06 December 2024

Kuala Lumpur: Pempengaruh media sosial sering dijadikan 'alat' mempromosikan tawaran pinjaman oleh sindiket pinjaman wang haram atau along.

Perkara itu didedahkan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) yang menerima maklumat dan aduan berhubung tindakan sindiket berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Saravanan Thambirajah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kumpulan sindiket itu akan mempergiatkan promosi mereka menjelang musim perayaan.

"Berdasarkan maklumat, kes pinjaman wang oleh syarikat pinjaman wang tidak berlesen semakin meningkat kebelakangan ini.

"Sindiket menggunakan pelbagai taktik bagi menarik peminjam termasuk menggunakan pempengaruh media sosial sebagai bahan (alat) pemasaran produk mereka.

Read more: Pempengaruh jadi 'alat' pemasaran along

FOMCA gesa kerajaan pantau jualan barangan import nilai rendah

  • Print
  • Email
Details
Created: 06 December 2024

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Saravanan Thambirajah. - Foto failKUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memantau penjualan barangan import bernilai rendah (LVG) bagi memastikan penjual tidak mengambil kesempatan menaikkan harga susulan pelaksanaan cukai 10 peratus bermula 1 Januari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Saravanan Thambirajah berkata gesaan itu dibuat susulan tindakan segelintir peniaga yang didapati mula menaikkan harga barang LGV jualan dalam talian. Kataya, ketika ini masih ramai peniaga yang keliru mengenai kaedah dan cara cukai itu digunapakai.

"Pengguna juga keliru kerana terdapat banyak cukai seperti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), cukai mewah dan cukai barangan nilai rendah.

"Harus diingat, cukai LVG ditanggung oleh pengguna, di mana mereka yang perlu membayar kenaikan 10 peratus itu. Kalau harga asal sesuatu barang adalah RM10, cukai yang dikenakan adalah RM1.

Oleh itu, harga yang perlu dibayar adalah RM11," katanya kepada BH.

Tinjauan BH di platform jualan dalam talian seperti Shopee, Lazada dan TikTok mendapati banyak barangan yang dijual sudah mula naik harga.

Read more: FOMCA gesa kerajaan pantau jualan barangan import nilai rendah

City Hall should not be leasing their parking spaces to jockeys: Consumer groups

  • Print
  • Email
Details
Created: 06 December 2024

After refusing to pay RM15 for parking in Bukit Bintang, Kuala Lumpur, a woman discovered her car was then scratched. -PIC CREDIT: TIKTOK/BALLERINA391KUALA LUMPUR: The Kuala Lumpur City Hall (DBKL) should not leasing parking spaces to private companies or parking jockeys.

Federation of Malaysian Consumer Associations (FOMCA) deputy secretary-general, Nur Asyikin Aminuddin, also questioned DBKL's justification on the matter.

"The area is a public space. It's for communal use. What benefit does the presence of valet parking provide to users? After working hours, parking should be free for everyone.

"Parking touts don't make it easier for users. Their conduct is similar to street thugs," she said.

She also urged DBKL to monitor whether the parking touts who offer valet services have licenses from DBKL.

"If they have licenses, they should display boards stating the parking ticket prices to be paid after working hours, certified by DBKL, so users can make informed decisions," she said.

Read more: City Hall should not be leasing their parking spaces to jockeys: Consumer groups

Baju raya mahal: Perlu atau nafsu?

  • Print
  • Email
Details
Created: 06 December 2024

Foto hiasan menunjukkan orang ramai membeli keperluan Aidilfitri. - FOTO Azrul EdhamKuala Lumpur: Menjelang 1 Syawal dalam masa hanya beberapa hari lagi, di samping biskut raya dan perhiasan rumah, ramai yang mungkin masih tercari-cari pakaian baharu untuk digayakan pada hari kemenangan selepas sebulan menjalani ibadah puasa.

Sejak bermula bulan Ramadan sehingga ke hari ini, isu baju raya mahal sama ada untuk lelaki mahupun perempuan terus menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat terutama di media sosial.

Antara yang paling banyak diperkatakan adalah harga yang dikenakan tidak masuk akal, kualiti jahitan yang tidak kemas dan bahan kain yang mudah rosak. Semuanya ini membanjiri pasaran, sama ada di bazar jualan raya mahupun dalam pelbagai platform e-dagang.

Malah jenama terkenal juga turut mendapat tempias kritik sama apabila kualiti pakaian yang dijual dipertikaikan kerana tidak setanding dengan harga yang ditawarkan.

Tinjauan Bernama mendapati tempat tumpuan orang ramai khususnya golongan B40 membeli-belah persiapan hari raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India dijual pada harga yang agak mahal RM100 ke atas walaupun dijual hanya di bazar raya.

"Tahun ini memang terasa kenaikannya berbanding tiga tahun lepas. Memang nampak beza sebab setiap tahun saya akan membeli baju raya di Jalan TAR. Untuk tahun ini saya memilih untuk membeli baju raya dalam talian sahaja," kata Nur Nawwarah Abdullah, 18, yang sempat ditemu bual Bernama.

Pandangan sama dikongsi Nurul Atilah Shahrizal, 23, yang turut terkesan dengan kenaikan harga baju raya pada tahun ini.

Kenaikan berkenaan membuatkan pelajar universiti swasta ini tidak bersemangat untuk membuat persiapan raya kerana dilihat harga yang dijual di bazar raya tidak masuk akal dan amat membebankan.

"Saya rasa sepatutnya harga baju raya di Jalan TAR seharusnya mampu milik dan berpatutan tetapi apa yang saya lihat hampir kebanyakannya bermula RM100 ke atas," kata anak jati Kuala Lumpur ini.

Read more: Baju raya mahal: Perlu atau nafsu?

Sumbangan SARA perlu dinaikkan - FOMCA

  • Print
  • Email
Details
Created: 06 December 2024

Timbalan Setiausaha Agung FOMCA, Nur Asyikin Aminuddin.KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berpandangan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 yang dilanjutkan bagi tempoh setahun melalui Belanjawan 2024, semalam, perlu ditingkatkan kepada RM200.

Timbalan Setiausaha Agungnya, Nur Asyikin Aminuddin, berkata jumlah bantuan itu berupaya ditingkatkan selaras dengan penjimatan subsidi melalui langkah penguatkuasaan yang lebih tegas.

"Berdasarkan perkembangan semasa, dengan kos sara hidup yang meningkat, peruntukan SARA mungkin boleh ditingkatkan lagi pada masa depan," katanya kepada BH, di sini hari ini.

Melalui Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA dengan mengkreditkan sebanyak RM100 ke dalam myKad bagi tempoh setahun, berbanding enam bulan sebelum ini.

Penerima SARA juga akan ditingkatkan kepada 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun hadapan, berbanding 200,000 tahun ini selepas menerima maklum balas yang amat baik.

Selain itu, kadar maksimum STR juga dinaikkan kepada RM3,700 berbanding RM3,100 sebelum ini, manakala jumlah minimum bagi golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Nur Asyikin berkata, FOMCA berharap isu ketirisan dapat dikurangkan dan melalui penjimatan subsidi, ia dapat digunakan bagi membantu rakyat yang lebih memerlukan.

Beliau berkata, peningkatan sumbangan STR juga dilihat baik untuk pengguna, khususnya dalam membantu mereka yang memerlukan.

"Kami berharap semua pihak dapat menggunakan peruntukan Belanjawan 2024 ini dengan sebaiknya bagi melaksanakan amanah yang diberikan demi kesejahteraan pengguna," katanya.

FOMCA : Issue Detailed List

  • Print
  • Email
Details
Created: 05 December 2024

fomca logoSaturday, 15 Jun 2024

PETALING JAYA: Clearly indicate which goods and services will see price increases due to the diesel subsidy rationalisation, the Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) has urged the government.

While backing the policy, its chief executive officer Dr Saravanan Thambirajah said the Domestic Trade and Cost of Living Ministry must come up with a list indicating what products or services will or will not be affected by the policy.

“This will be good for consumers. Currently, the public already perceives that there will be no price increase following the government’s assurance, but that doesn’t reflect what’s happening on the ground,” he said when contacted.

Noting that some businesses are already marking up prices, Saravanan said this has to be investigated by the ministry’s enforcement unit.

He also called on the government to improve how subsidies are delivered to vulnerable groups.

“Many businesses and consumers are unsure if they are eligible. Stakeholder engagement among industries is very important.

“Please get in touch with them and make sure there are no market disruptions,” he added.

Earlier yesterday, 10 companies were given written notices for increasing the price of goods and services since the targeted diesel subsidy came into effect on Monday.

The notice was issued under Section 21 of the Price Control and Anti-Profiteering Act 2011.

Read more: FOMCA : Issue Detailed List

Kenaikan SST air, elektrik resahkan pengguna - FOMCA

  • Print
  • Email
Details
Created: 05 December 2024

fomca logo27 Februari 2024 06:01pm
SHAH ALAM - Beban perbelanjaan dan sara hidup pengguna akan meningkat jika air dan elektrik termasuk dalam perkhidmatan yang dikenakan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Saravanan Thambirajah berkata, perkara itu juga akan membuatkan pengguna resah kerana kos sara hidup kini yang tinggi di samping kenaikan harga dan kekurangan bekalan makanan seperti beras serta lain-lain lagi.

"Baru-baru ini, bil utiliti air telah mengalami kenaikan tarif.

"Jika kedua-dua utiliti tersebut mengalami kenaikan SST, ia akan meningkatkan perbelanjaan dan sara hidup orang ramai walaupun surcaj Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) tidak dikenakan kepada pengguna," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menggesa kerajaan mengecualikan kenaikan kadar SST daripada enam kepada lapan peratus bagi elektrik dan air.

Menurut Presiden MCA itu, kenaikan yang dijangka bermula Mac ini dibimbangi akan memberi impak negatif terutamanya kepada rakyat.

Menjawab kepada soalan yang dibangkitkan Ka Siong itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan cadangan pengecualian kenaikan SST ke atas dua perkhidmatan utiliti tersebut akan diteliti dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 20 Mac ini.

Tambah Saravanan, FOMCA turut menyambut baik cadangan berkenaan dan berharap utiliti dikecualikan dalam kenaikan SST tersebut.

Read more: Kenaikan SST air, elektrik resahkan pengguna - FOMCA

'Elok kita saja yang tanam bawang'

  • Print
  • Email
Details
Created: 05 December 2024

fomca logoKuala Lumpur: Mekanisme pemantauan harga barang perlu diwujudkan bagi mengawal peningkatan harga bawang yang tinggi pada masa ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, melaluinya, pihak yang bertanggungjawab dapat menyelia kenaikan dan kawalan harga bawang yang ditetapkan pembekal.

"Jadi apabila 'mekanisme' itu diwujudkan, pengguna secara tidak langsung boleh membuat aduan berkenaan harga yang ditawarkan pembekal.

"Tetapi di sini, walaupun tiada aduan dilaporkan, pihak berwajib masih perlu menyelia harga bawang di pasaran," katanya kepada Harian Metro.

Nadzim berkata, pembekal import juga perlu memberi justifikasi atas tindakan mereka menaikkan harga bawang.

"Kita tertanya-tanya kenapa perlu naik harga bawang? Sedangkan kita boleh menanam bawang," katanya.

Sementara itu, Bendahari Agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin berkata, isu kenaikan harga bawang ini tidak boleh dikawal kerana ia bergantung kepada permintaan pembekal semasa.

Menurutnya, keadaan cuaca yang tidak baik juga menyumbang kepada penanaman dan pengeluaran bawang di India yang terhad.

"Oleh kerana Malaysia import bahan itu di sana dan apabila terdapat krisis banjir yang berlaku beberapa tahun lepas, ia secara tidak langsung mengakibatkan harga bawang meningkat secara mendadak.

Read more: 'Elok kita saja yang tanam bawang'

Pemantauan, aduan rasmi ‘kunci’ halang peniaga naik harga, kata NGO

  • Print
  • Email
Details
Created: 05 December 2024

fomca logo18 Apr 2024, 08:15 AM
Fomca berkata kenaikan harga tidak sepatutnya berlaku kerana kos pengangkutan dijangka tidak terkesan susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel.

PETALING JAYA: Penguatkuasaan berterusan dan aduan rasmi pengguna mampu menjadi ‘kunci’ untuk mengelakkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga apabila rasionalisasi subsidi diesel dilaksanakan, kata persatuan pengguna.

Bendahari Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Nur Asyikin Aminuddin berkata kenaikan harga barangan tidak sepatutnya berlaku kerana kos mengangkut barang dijangka tidak terkesan susulan perluasan bantuan diesel kepada syarikat pengangkutan.

Menerusi projek rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0), sembilan jenis sektor pengangkutan darat (barangan) akan menikmati subsidi termasuk lori kargo am, minuman botol, sejuk beku serta kotak.

“Tiada alasan untuk sektor pengangkutan nak salurkan kenaikan (harga diesel) kepada pengguna kerana hampir semua sektor pengangkutan komersial tidak terkesan.

“Namun, kita jangka akan ada peniaga ambil kesempatan dan di sinilah peranan anggota penguat kuasa untuk memantau agar tidak berlaku aktiviti pencatutan yang melampau,” kata Nur Asyikin kepada FMT.

“Pengguna juga harus memainkan peranan dengan menyalurkan aduan rasmi kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil.”

Read more: Pemantauan, aduan rasmi ‘kunci’ halang peniaga naik harga, kata NGO

  1. Hold Ramadan bazaar traders accountable by blacklisting errant few, says Fomca
  2. Kenakan tindakan tegas terhadap peniaga guna pewarna ke atas bahan segar - FOMCA
  3. FOMCA Gesa Kerajaan Pantau Jualan Barangan Import Nilai Rendah
  4. MOT harap lebih banyak penerbangan ditawar, turunkan harga tiket
  5. 4,100 isi rumah berpendapatan rendah terima manfaat IPR
  6. Guna ‘Price Catcher’ sebelum beli ayam
  7. Harga purata ayam RM8.51 sekilogram
  8. Program Jualan Rahmah Perdana dianjur sempena Deepavali
  9. Pengguna perlu bijak bandingkan harga ayam - FOMCA
  10. Consumers will still buy poultry even if prices go up
  11. Allow online scam victims to sue companies, says NCCC
  12. Cost of Living Ministry prepared for any commodity price fluctuations, cartel risks
  13. Cashless Boleh 3.0 - Lebih 80 peratus sektor awam catat penembusan pembayaran digital
  14. Cake concerned over food price hike following removal of chicken subsidies and price controls
  15. ‘It’ll take time to see impact of floated chicken, egg prices’

Page 14 of 107

  • 9
  • ...
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • ...
  • 16
  • 17
  • 18
  • You are here:  
  • Home

MAJALAH CEKAP

CEKAP07 CoverSM 01

MAJALAH CEKAP
Edisi 7 - JANUARI 2025


Mahukan tip pengurusan dan kecekapan tenaga?

Dapatkan CEKAP terbitan FOMCA serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk rujukan anda. 

Baca & Muat Turun kesemua edisi CEKAP melalui pautan di bawah:

MAJALAH RINGGIT

May be an image of 3 people and text

MAJALAH RINGGIT
EDISI 6 - DISEMBER 2024


Mahukan tip dan maklumat kewangan?

Dapatkan RINGGIT terbitan FOMCA serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk rujukan anda. 

Baca & Muat Turun kesemua edisi RINGGIT melalui pautan di bawah:

MAJALAH GENERASI PENGGUNA

PNG COVER PAGE MAJALAH GENERASI PENGGUNA 2024 min

MAJALAH GENERASI PENGGUNA
EDISI 2024


Mahukan tip dan maklumat pengurusan kewangan?

Dapatkan majalah GENERASI PENGGUNA terbitan FOMCA serta KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN) untuk rujukan anda. 

Aduan Pengguna

Atau
Hubungi Kami di talian
03-7877 9000 / 03-7877 1076
untuk membuat aduan kepenggunaan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

Most Read Posts

  • Hak-hak Pengguna
  • Apakah Hak Asasi Manusia?
  • WHAT ARE SMART METERS?
  • PENGGUNAAN TENAGA BOLEH BAHARU LEBIH MENGUNTUNGKAN DAN SELAMAT
  • Meter Pukal VS Meter Individu

Traffic

5.png2.png2.png1.png9.png6.png0.png
Today2793
Yesterday3716
This week6509
This month2793
Total5221960

2025-07-01

㽶Ƶ MALAYSIA
FEDERATION OF MALAYSIAN CONSUMERS ASSOCIATIONS
NO. 24, JALAN SS1/22A, 47300 PETALING JAYA, SELANGOR, MALAYSIA
T: 03-7876 4648 / 03-7877 4741 | Email: fomca@fomca.org.my

Back to Top

© 2025 㽶Ƶ MALAYSIA