Consumer group urges public to report to Domestic Trade Ministry if egg prices not reduced
- Details
PUTRAJAYA: The public has been urged to act as "eyes and ears" by reporting to the Domestic Trade and Cost of Living Ministry if egg prices remain unchanged despite the reduction in prices effective today.
Malaysia Consumer Movement (MCM) deputy chairman, Beninder Singh, said it is the responsibility of traders to comply with the directive to reduce prices or face legal action.
"Consumers are encouraged to report to the authorities if traders are found selling at prices higher than the controlled rates," he said when contacted by Bernama today.
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced that the retail prices for grade A, B, and C chicken eggs have been reduced to 42 sen, 40 sen and 38 sen each, respectively, effective today.
He said the government decided to lower chicken egg prices nationwide by 3 sen each to pass on targeted subsidy savings to the public.
Anwar, who is also the Finance Minister, stated that the 10 sen subsidy per egg amounts to an expenditure of RM100 million, and in 2023 the allocation for egg subsidies was RM927 million.
Lemon Law elak pengguna terus โdibuliโ peniaga
- Details
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Lemon Law di Malaysia akan melindungi pengguna daripada penipuan dan kerosakan produk yang dijual, kata Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Saravanan Thambirajah.
Beliau berkata, di bawah Lemon Law, peniaga bertanggungjawab untuk membaiki, menggantikan, membayar balik atau menurunkan harga produk yang didapati rosak.
โLemon Law biasanya merangkumi semua produk pengguna membabitkan kereta bermotor, peralatan rumah, perabot, peranti digital dan banyak lagi. Ia akan terpakai kepada mana-mana peniaga yang menjual produk pengguna di Malaysia,โ katanya kepada BH.
Merujuk kepada sektor automotif, Saravanan berkata, Lemon Law memberi pembeli kereta hak untuk menerima bayaran balik atau kereta baharu jika kenderaan yang dibeli mengalami kecacatan serius atau menghadapi masalah mekanikal.
Menerusi Lemon Law, katanya, pengeluar kenderaan dikehendaki membaiki kenderaan dan jika ia tidak dapat berbuat demikian selepas beberapa percubaan yang munasabah, ia mesti sama ada menggantikan kenderaan itu atau membayar balik harga pembelian.
Read more: Lemon Law elak pengguna terus โdibuliโ peniaga
FOMCA syor tubuh pasukan khas bawah BNM pantau aduan penipuan dalam talian
- Details
KUALA LUMPUR: Satu pasukan petugas khas wajar ditubuhkan bawah Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memantau aduan berhubung penipuan kewangan dalam talian, sejajar akta baharu yang sedang dirangka kerajaan untuk membanteras jenayah itu.
Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Saravanan Thambirajah, ketika menyuarakan cadangan itu menyarankan pasukan terbabit bukan saja dianggotai wakil institusi perbankan dan kementerian berkaitan, tetapi juga daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tindakan lebih tegas dapat diambil.
Katanya, pemantauan itu akan dapat menjamin pihak institusi perbankan tidak mengambil mudah aduan berkenaan, sekali gus boleh bertindak pantas bagi mengekang penipuan kewangan dalam talian.
Selain tindakan tegas, beliau berkata, kerajaan melalui BNM juga harus memantau akta baharu itu nanti bagi memastikan bank bertanggungjawab dan mematuhinya.
Read more: FOMCA syor tubuh pasukan khas bawah BNM pantau aduan penipuan dalam talian
Utamakan warga tempatan beli minyak masak peket
- Details
SHAH ALAM - Pembelian minyak peket subsidi perlu diberi keutamaan kepada warga tempatan terutama golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
Bendahari Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin berkata, walaupun kerajaan tidak melarang warga asing daripada mendapatkan barangan asas tersebut, namun ia perlu dikawal bagi memastikan bekalan cukup untuk rakyat tempatan.
Menurutnya, kerajaan masih belum mempunyai mekanisme tertentu sehingga mengakibatkan warga asing turut mendapat kuota pembelian yang sama.
โKeadaan pasaran terbuka di negara ini menyebabkan semua pihak boleh membeli minyak masak peket tanpa perlu menunjukkan kad pengenalan atau sebarang dokumen menyebabkan tiada sekatan ke atas individu,โ katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali pada Selasa berkata, tiada larangan untuk warga asing membeli minyak masak peket bersubsidi tetapi mereka tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sekiranya terdapat larangan dikenakan terhadap warga asing yang membeli minyak masak bersubsidi susulan penularan video memaparkan warga asing membeli barangan tersebut.
Lega OPR kekal
- Details
Kuala Lumpur: Peminjam yang mempunyai komitmen bulanan dengan institusi kewangan lega Kadar Dasar Semalaman (OPR) baharu yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) kekal 3.0 peratus.
Pengusaha syarikat perancang perkahwinan, Mohd Fadlie Mat Said, 39, berkata, dalam keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya, wajar OPR dikekalkan pada kadar semasa, 3.0 peratus.
"Kalau OPR naik, semua peminjam akan terjejas apatah lagi usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) macam saya serta peminjam nilai kecil seperti B40 dan M40," katanya sempena pengumuman BNM kadar OPR baharu yang diumumkan hari ini.
Mohd Fadlie berkata, ada ruang untuk kerajaan berperanan dalam memastikan rakyat tidak terkesan dengan kadar OPR.
"Memang ada pro dan kontra tentang OPR ini. Kalau turun ia akan kesan kepada kerajaan dan ekonomi kita kalau naik kita peminjam yang akan terbeban.
"Jadi ada bahagian yang kerajaan boleh bantu kurangkan beban peminjam contohnya kekalkan harga barangan kawalan terutama petrol, gula, beras dan sebagainya.
"Ini kerana kenaikan barangan asas ini juga sudah tentu akan menyebabkan semua makanan dan perkhidmatan seperti katering dan kedai makan meningkat sekali gus menyebabkan pengguna terpaksa bayar lebih mahal," katanya.
Tingkat penguatkuasaan elak produk boikot minyak sawit terlepas ke pasaran - FOMCA
- Details
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan tiada produk dengan label 'No Palm Oil' (NPO) atau 'Tiada Minyak Sawit' terlepas ke pasaran negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr T Saravanan, berkata tindakan penguatkuasaan ketat itu penting kerana kemasukan produk yang memboikot minyak sawit itu berisiko memberi mesej yang salah kepada pengguna tempatan.
"Jika produk ini terlepas masuk ke negara ini, ia berisiko menyebabkan maklumat yang salah kepada masyarakat.
"Selain itu kerajaan juga perlu memastikan semua peniaga perlu peka dengan isu ini dan peraturan sedia ada dengan melakukan sesi libat urus bersama mereka," katanya kepada BH, di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas amaran tegas Kementerian Perladangan dan Komoditi kepada peruncit, pemborong dan pengimport di negara ini, supaya tidak menjual, mengedar atau mengimport produk yang dilabel dengan kempen memboikot produk kelapa sawit.
Menterinya, Datuk Seri Johari Ghani, dilaporkan berkata pihaknya akan bertindak tegas terhadap kempen boikot terbabit yang sebelum ini dilaksanakan dengan agresif di luar negara.
Pada masa sama, Saravanan berkata, kempen besar-besaran juga perlu dilaksanakan untuk menyokong minyak sawit negara khususnya di peringkat sekolah dan komuniti.
Severe penalties needed against banks to deter service outages, says Fomca
- Details
KUALA LUMPUR: The Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) wants Bank Negara Malaysia to enforce heavier penalties against banking institutions to keep them on their toes following recent incidences of service outages.
Its chief executive officer, T. Saravanan, said the outages by two of the country's largest banking institutions had inconvenienced hundreds of thousands of consumers.
"With the current cashless society initiatives, many rely on technology to conduct daily transactions. With the festive season, many who rushed for last-minute Aidilfitri shopping, ended up being frustrated with the downtime.
"Many businesses which tried to pay salaries and allowances were forced to find other measures to conduct their banking transactions.
"This all falls under the security of the banking industry which needs to stay on par with the current technology system," he told the New Straits Times.
Saravanan said the outages were unacceptable given the 5th Industrial Revolution and 5G penetration.
Read more: Severe penalties needed against banks to deter service outages, says Fomca
Tiada alasan naikkan harga barang, perkhidmatan - FOMCA
- Details
KUALA LUMPUR: Tiada alasan untuk pengusaha dan peniaga menaikkan harga barangan atau perkhidmatan ketika ini susulan penurunan kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kepada pengguna komersial dan industri.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), T Saravanan, berkata ini kerana penurunan itu walaupun tidak banyak, ia masih mampu meringankan beban mereka yang terbabit.
Katanya, FOMCA amat menyambut baik usaha kerajaan kerana ia sekali gus membantu meringankan beban pengguna yang ketika ini terkesan dengan kenaikan harga barangan.
"Kami berharap penurunan ini tidak akan memberi implikasi kepada mana-mana pihak kerana selama ini kita tahu jika ada apa-apa kenaikan, peniaga akan memberi alasan terpaksa menaikkan harga barangan atau perkhidmatan kerana kos meningkat.
"Dengan penurunan ini walaupun sedikit, ia diharap tidak akan dijadikan alasan kepada peniaga untuk naikkan harga barangan," katanya kepada BH.
Semalam, kerajaan membuat keputusan mengekalkan tarif elektrik kepada semua pengguna di Semenanjung sehingga 31 Disember ini.
Read more: Tiada alasan naikkan harga barang, perkhidmatan - FOMCA
Fomca: "Buy Now, Pay Later" still new but negative effects already worrisome
- Details
KUALA LUMPUR: The "Buy Now, Pay Later" (BNPL) industry may be new, but Malaysian Consumers Associations (Fomca) says the negative effects seen in this short time is already alarming.
Fomca deputy president Dr Paul Selvaraj told Business Times, of particular concern is the impact BNPL has on youth and the low-income community.
Yesterday, Khazanah Research Institute called for more stringent regulations and monitoring to reduce the impact that BNPL may pose on the economy, particularly household debt.
Consumer Credit Oversight Board (CCOB) statistics show that 44 per cent of the 2.9 million active users of BNPL were aged 21-30 years, while 47 per cent were aged between 31-45 years as at end September 2023.
It recorded 52 million transactions worth RM4.3 billion for the period.
CCOB said of the RM900 million outstanding balance as at end-September 2023, 4 per cent were overdue, with 1.3 per cent having missed more than three months of payments.
Spending amount also averaged at RM84.
The CCOB task force was set up in July 2021 and is led by the Ministry of Finance, Bank Negara Malaysia (BNM) and the Securities Commission Malaysia to drive the enactment of the Consumer Credit Act (CCA).
Read more: Fomca: "Buy Now, Pay Later" still new but negative effects already worrisome
Business owners warned over price hikes after diesel subsidy rationalisation
- Details
KUALA LUMPUR: Consumer groups emphasised the importance of the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry monitoring businesses for potential price increases, following the diesel subsidy rationalisation.
They have also cautioned business owners against hiking prices, noting that they continue to receive government subsidies through fleet cards and the Budi Madani programme.
Federation of Malaysian Consumer Associations (Fomca) chief executive officer Saravanan Thambirajah said businesses were already eyeing price hikes after the subsidy removal.
He said any such hike would have a huge impact on the economy.
As such, he said, the ministry needs to play a crucial role in terms of keeping businesses in check.
"The ministry has full enforcement authority to inspect businesses and impose penalties. So, businesses should be checked before any price increases.
"The food and beverage sector would be significantly affected by subsidy removal, given the existing inflationary pressures and the cost of food, which is already high.
Read more: Business owners warned over price hikes after diesel subsidy rationalisation
Page 16 of 110