Kadar inflasi keseluruhan dijangka terus sederhana
- Details
KUALA LUMPUR: Inflasi keseluruhan dan teras diunjurkan terus sederhana pada separuh kedua tahun ini dengan inflasi keseluruhan diunjurkan berada pada purata julat yang lebih rendah dalam unjuran 2.8 peratus hingga 3.8 peratus tahun ini.
Namun, risiko terhadap prospek inflasi bergantung kepada perubahan terhadap dasar domestik berhubung subsidi dan kawalan harga, selain perkembangan harga komoditi global serta pasaran kewangan.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, berkata walaupun tekanan kos berkurangan, inflasi teras kekal pada paras tinggi berikutan keadaan permintaan kekal agak kukuh.
Beliau berkata, imbangan risiko kepada inflasi pula kebanyakannya terikat dengan perkembangan global.
Katanya, risiko meningkat dalam jangka terdekat termasuk harga komoditi global yang lebih tinggi berikutan konflik geopolitik, keadaan cuaca buruk susulan El Nino dan input import yang lebih tinggi di tengah-tengah susut nilai tukaran asing.
"Risiko ini boleh diimbangi oleh harga komoditi global yang rendah berikutan prospek pertumbuhan global yang lebih lemah, dan pelepasan lebih pantas permintaan terpendam domestik," katanya.
Read more: Kadar inflasi keseluruhan dijangka terus sederhana
Aduan penipuan, kegiatan tidak berlesen meningkat ketara sejak pandemik
- Details
PETALING JAYA - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendapati aduan dan pertanyaan mengenai kegiatan tidak berlesen serta penipuan meningkat ketara sejak pandemik Covid-19 melanda pada 2020.
Pengurus Besar Pengguna dan Pelabur SC, Jawahar Ali Ameer Ali berkata, SC telah menerima 1,799 aduan pada 2020 manakala sebanyak 3,475 aduan (2021) dan 2,461 aduan (2022).
Beliau berkata, bagi separuh pertama tahun ini pihaknya telah menerima kira-kira 1,670 aduan iaitu kira-kira 60 peratus daripada aduan yang diterima pada 2022.
Kebanyakan aduan yang diterima SC adalah berkaitan skim haram yang dipromosikan melalui media sosial, katanya kepada pemberita pada Simposium Perancangan Kewangan Tahunan anjuran Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, pelaku penipuan ini lazimnya menggunakan iklan Facebook yang ditaja, laman web palsu dan mewujudkan kumpulan Telegram awam untuk mempromosikan pakej pelaburan itu yang biasanya disertakan dengan testimoni palsu, sijil yang didakwa dikeluarkan oleh pelbagai agensi.
"Pelabur yang berminat kemudiannya akan diminta menghantar mesej kepada wakil untuk mula melabur secara langsung. โPelaburanโ ini biasanya menjanjikan pulangan yang tidak realistik seperti pelaburan RM300 akan mendapat pulangan ribuan ringgit dalam masa beberapa jam.
Read more: Aduan penipuan, kegiatan tidak berlesen meningkat ketara sejak pandemik
MYAirline tawar lebih pilihan perjalanan menerusi FLYsiswa
- Details
Kuala Lumpur: Syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu Malaysia MYAirline Sdn Bhd menawarkan dua pilihan perjalanan untuk penuntut di kedua-dua institusi pengajian tinggi awam dan swasta melalui FLYsiswa dan Program Penuntut MYAirline.
Dalam satu kenyataan, ia berkata, inisiatif FLYsiswa Kementerian Pengangkutan memberikan baucar RM300 untuk pembelian tiket penerbangan kepada penuntut yang mendaftar di institusi pengajian tinggi awam di seluruh Malaysia.
"Baucar itu boleh ditebus untuk satu atau beberapa pembelian penerbangan sehingga 31 Disember 2023, dengan tempoh perjalanan sehingga akhir Mac 2024," kata syarikat penerbangan itu.
Untuk memanfaatkan inisiatif tambang penerbangan FLYsiswa, penuntut yang layak perlu mengesahkan kelayakan mereka di subsidiudara.mot.gov.my, dan terus mendaftar di halaman pendaftaran FLYsiswa MYAirline, katanya.
Read more: MYAirline tawar lebih pilihan perjalanan menerusi FLYsiswa
Readjust subsidy allocation but tread with caution
- Details
KUALA LUMPUR: The 2024 Budget should advance adjustments in subsidy allocation with a specific focus on rationalising electricity and diesel subsidies, economists suggest, but tread with caution.
Economists warned against undertaking excessive austerity measures as Malaysians are still reeling from the rising cost of living.
Malaysian Institute of Economic Research economist Dr Shankaran Nambiar said some adjustments will likely be required for the upcoming national budget in relation to subsidy rationalisation.
"It is likely unavoidable that we will need to fully commit to this rationalisation process," he said, adding that the best way to start would be to introduce targeted subsidies.
"Electricity has been subsidised for a long time and it would be a good choice. The commercial users could be brought closer to market price, while those in the B40 could be exempted from tariff increases," he told the New Straits Times.
Nambiar said the other option would be to relax the subsidy for all, with cash handouts or other compensating payments being made for those in targeted income groups.
Read more: Readjust subsidy allocation but tread with caution
GST tak perlu dilaksana buat masa ini
- Details
SHAH ALAM - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak perlu dilaksanakan buat masa ini sekiranya kewangan negara masih boleh ditanggung kerajaan dalam perbelanjaan sekarang.
Penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, kerajaan perlu mengambil kira kesan yang dialami rakyat berikutan kenaikan kos sara hidup dan daripada segi rasionalisasi struktur cukai negara jika mahu melaksanakannya.
โBagaimanapun, saya melihat pelaksanaannya perlu dibuat jika kerajaan membuat perubahan pada struktur ekonomi yang dimahukan seperti Ekonomi Madani.
โIa bagaimanapun perlu dilaksanakan secara bertahap tanpa membuatkan rakyat panik, malah mendapat kefahaman (buy-in) terlebih dahulu dan lebih baik sekiranya mendapat sokongan semua pemegang taruh,โ katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon yang menggesa kerajaan untuk mengkaji pelaksanaan semula GST yang dimansuhkan pada 2018.
Skim Perubatan MADANI akan diperluas
- Details
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan rintis Skim Perubatan MADANI akan diperluaskan bagi memastikan lebih ramai menerima rawatan kesihatan secara percuma di klinik perubatan swasta yang berdaftar.
Syarikat yang mengurus dan melaksana Skim Perubatan MADANI, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) dalam kenyataan pada Rabua memaklumkan skim itu akan diperluaskan ke Kota Bharu, Pasir Mas di Kelantan; Kuantan (Pahang); Melaka Tengah (Melaka); Seremban (Negeri Sembilan); Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Perlis pada minggu keempat bulan ini.
Ini menjadikan keseluruhan 21 daerah yang terlibat dalam inisiatif rintis kerajaan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut) itu.
Menurut kenyataan itu Fasa 1 rintis Skim Perubatan MADANI telah dilaksanakan di 10 daerah iaitu Johor Bahru (Johor); Kuala Lumpur; Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor); Kinta (Perak); Timur Laut (Pulau Pinang); Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Fasa 2 skim itu pula bermula di dua negeri iaitu Terengganu di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu manakala di Kedah melibatkan Kota Setar dan Kuala Muda, pada minggu kedua bulan ini.
Fasa rintis ini dijalankan untuk tempoh enam bulan bermula 15 Jun lepas dan akan berakhir 31 Dis depan.
Unity Govt forges more public-private partnerships to combat cybercrimes
- Details
KUALA LUMPUR: The Unity Government is committed to forging more partnerships across the public and private sectors to combat cybercrimes, said Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil.
Fahmi said the public-private partnerships or PPP is one of the most effective way to combat cybercrimes as itโs formed from a synergistic and neutral platform where cyber security industry players and government can work closely, thus empowering a swifter response to a cyber-attack.
โThe partnership between government and industry needs to continuously evolve, build trust, being open to challenges, sharing data as effectively as possible.
โWe are actively working with partners from industry players to warn and respond to incidents, and offer guidance as well as training to our community to stay safe online,โ he said.
The minister said this during his speech at the Malaysia Cyber Security Awards Gala Dinner 2023 in conjuction with Cyber Defence and Security Asia (DSA) Expo and Conference 2023, here yesterday.
Also present were Deputy Minister of Communication and Digital Teo Nie Ching and CSMโs chairman of the board Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Read more: Unity Govt forges more public-private partnerships to combat cybercrimes
LETTER | Improve safety standards for cooking gas cylinders
- Details
LETTER | The Consumers Association of Penang (CAP) calls on the authorities to come out with mandatory safety standards for cooking gas cylinders.
The call is made in response to the numerous injuries and deaths that occurred due to explosions caused by cooking gas cylinders.
The latest occurred on July 30, when a couple from Johor, was injured in a cooking gas explosion.
Following is the list of cooking gas cylinders accidents and fatalities that have occurred over the years:
Read more: LETTER | Improve safety standards for cooking gas cylinders
Sektor perbankan pemangkin perubahan ekonomi hijau
- Details
KUALA LUMPUR - Institusi kewangan digesa bekerjasama dengan agensi kerajaan dan organisasi awam untuk mewujudkan perkongsian bagi memacu pembangunan mampan dan menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi hijau.
Dalam membuat seruan itu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerjasama industri merupakan instrumen paling berkuasa untuk menyokong matlamat Malaysia itu, justeru, sektor perbankan perlu menyedari akan peranannya sebagai pemangkin bagi perubahan tersebut.
Menurutnya, sektor perbankan memiliki kuasa kewangan yang amat besar, berupaya memacu keputusan pelaburan ke arah alternatif lebih hijau.
"Dengan memasukkan projek tenaga mampan ke dalam portfolio pinjaman mereka, institusi kewangan boleh memberi insentif dan menggalakkan pembangunan infrastruktur tenaga bersih.
"Ini akan memainkan peranan penting dalam mempercepat peralihan tersebut dengan menyediakan kepada perniagaan dan individu modal yang diperlukan untuk meneruskan inisiatif tenaga boleh baharu (TBB).
"Sememangnya, dengan menyokong projek sedemikian, bank sebenarnya 'mengundi' bagi kemampanan dan kelaknya akan membawa masa depan yang lebih baik kepada Malaysia," katanya pada Persidangan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Antarabangsa bertajuk "Shaping Today For Tomorrow' di sini, hari ini.
Read more: Sektor perbankan pemangkin perubahan ekonomi hijau
Lot parkir dibolot kenderaan rosak
- Details
PETALING JAYA - Meskipun pihak berkuasa tempatan kerap melakukan operasi melupuskan kenderaan usang, namun kes lambakan kenderaan terbiar sekitar flat di Lembah Klang seakan tidak bernoktah sehingga mencetus kerisauan dalam kalangan masyarakat setempat.
Difahamkan, terdapat lebih 20 kenderaan dipercayai mengalami kerosakan tersadai di parkir flat Desa Mentari 3 di sini, sehingga menyebabkan kekurangan tempat letak kereta selain menyebabkan laluan keluar masuk menjadi sempit.
Rata-rata penduduk yang ditemui mengakui keadaan itu sudah berlarutan hampir empat dekad dan sukar diselesaikan.
Salah seorang penduduk, Nor Hamizah Azmi, 34, mengakui mereka terpaksa 'membutakan mata dan memekakkan telinga' dengan situasi tersebut yang dihadapi di kawasan itu.
โWalaupun pihak berkuasa kerap menampal notis dan melakukan operasi menunda, ada penduduk dilihat masih berdegil selain tidak mengendahkan amaran diterima,โ katanya.
Tambahnya, selain kereta, terdapat juga motosikal terbiar di parkir khas dan tidak dialihkan untuk tempoh lama.
Page 32 of 110






