Skim Perubatan Madani diperluas ke 11 daerah
- Details
Putrajaya: Skim Perubatan MADANI akan diperluaskan ke 11 daerah lain bermula minggu kedua bulan ini bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat kemudahan kesihatan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Ia terdiri daripada Kota Setar dan Kuala Muda, Kedah serta Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu akan bermula pada minggu kedua, manakala Seremban, Negeri Sembilan; Kota Bharu, Pasir Mas (Kelantan); Kuantan (Pahang); Melaka Tengah (Melaka), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Perlis bermula pada minggu keempat Ogos.
Dalam kenyataan hari ini beliau berkata klinik perubatan swasta umum (GP) di daerah terlibat dialu-alukan untuk mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan MADANI dengan melayari laman sesawang ProtectHealth di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau menghubungi talian 03-8687 2525.
Skim Perubatan MADANI bermula pada 15 Jun lepas di 10 daerah iaitu Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling, Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru, Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).
Terjerat tawaran kerja, wanita rugi lebih RM100,000
- Details
Kuantan: Wanita mendakwa kerugian RM118,767.49 selepas terpedaya dengan sindiket tawaran kerja sambilan yang menawarkan gaji tinggi secara dalam talian.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa yang berusia 22 tahun itu mendakwa ditawarkan pekerjaan oleh seorang wanita yang dikenalinya menerusi Instagram, pada 23 Julai lepas.
"Suspek dikatakan menawarkan mangsa untuk menyelesaikan satu tugasan dengan bayaran, selain turut memberikan nombor telefon untuk dihubungi, jika mangsa berjaya melakukan kerja itu.
"Mangsa yang menghubungi suspek kemudiannya ditawarkan pula tugasan melakukan tangkap layar barangan di pautan diberikan dengan dijanjikan keuntungan bagi setiap tangkap layar dibuat," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Yahaya berkata, mangsa yang bekerja di sebuah institusi pendidikan di sini, tertarik dengan "kerja" itu kerana menerima upah RM47 selepas menyelesaikan dua tugasan, menyebabkan dia terus menghubungi suspek untuk mendapatkan tugasan selanjutnya.
Suspek didakwa mengarahkan mangsa untuk membuat bayaran terlebih dahulu, dengan dia akhirnya membuat 20 transaksi pemindahan wang ke 11 akaun diberikan.
"Mangsa yang menggunakan wang simpanan bagi membuat bayaran itu turut meminjam daripada bank dan rakan sebelum menyedari dirinya ditipu apabila menyedari jumlah wang yang dikeluarkannya," katanya.
Read more: Terjerat tawaran kerja, wanita rugi lebih RM100,000
Pakej 5G Rahmah penuhi keperluan rakyat
- Details
Kuala Lumpur: Pakej 5G Rahmah dan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam membolehkan rakyat memiliki telefon pintar dan pelan data internet yang lebih murah daripada harga pasaran ketika ini.
Inisiatif itu juga dilihat dapat membantu pengguna dalam tugasan harian selain memenuhi keperluan lain termasuk sesi pembelajaran anak secara e-pembelajaran.
Bagi penjawat awam Suzana Ismail, 43, pakej berkenaan membantu ibu bapa sepertinya yang sedang berkira-kira untuk membelikan gajet bagi keperluan pembelajaran anak-anak.
"Kalau untuk keluarga yang memang menanti masa sesuai untuk membeli gajet bagi pembelajaran anak, sudah pasti pengumuman ini sangat baik kerana pakej telefon pintar dan internet ini pada harga berpatutan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan pakej 5G Rahmah yang menawarkan pakej telefon pintar 5G dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240 berserta pelan data 60GB pada harga RM60 sebulan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati pakej itu dengan harga telefon pintar serendah RM120 bermula 31 Ogos ini dengan kontrak langganan selama 24 bulan.
Jangan terjerat Pelaburan Philip palsu
- Details
Kuala Lumpur: Menjanjikan pulangan hingga lebih setengah juta ringgit seawal tiga jam selepas pelaburan dibuat.
Itu antara taktik digunakan sindiket dikenali Pelaburan Philip bagi menjerat mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sindiket terbabit menggunakan logo sebuah syarikat kewangan antarabangsa, Phillip Capital untuk memperdaya mangsa.
"Melalui promosi yang dibuat menerusi aplikasi Telegram, pelabur ditawarkan pakej pelaburan serendah RM 500 hingga RM10,000.
"Sindiket terbabit menjanjikan keuntungan bermula RM15,000 sehingga RM610,000 seawal tiga jam selepas pelaburan dibuat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pihak sindiket menggunakan logo syarikat terbabit untuk mencipta gambaran seolah-olah skim pelaburan itu dikendalikan syarikat kewangan yang mempunyai cawangan di seluruh dunia.
Ramli berkata, setakat ini pihaknya menerima satu laporan berhubung modus operandi itu membabitkan kerugian bernilai RM10,370.
"Satu laporan turut dibuat oleh syarikat Phillip Capital bagi menafikan penglibatan mereka dalam skim pelaburan berkenaan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (menipu)," katanya.
Schools for poor to open next year, says minister
- Details
PETALING JAYA: The education ministry is aiming to set up schools that cater especially for children from the poorest communities by next year, says its minister Fadhlina Sidek.
She said ese schools will ensure that poor students enjoy a higher standard of education.
โWe will provide updates as we want to ensure these (special) schools are ready to operate,โ she told reporters after launching a school-in-hospital (SDH) programme at Sultanah Bahiyah Hospital in Alor Setar, Kedah.
Yesterday, Prime Minister Anwar Ibrahim said the government will introduce a new type of school for children from poor families to ensure they are not left behind in their studies.
The school would be similar to a secondary boarding school and cater to poor students, including those who are behind in their studies.
Previously, the Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) highlighted that the lack of funds was among the reasons why many children from urban and rural low-income families dropped out of school.
Meanwhile, on the SDH programme, Fadhlina said there were a total of 17 SDH in 11 states.
โThis (SDH programme) is very important, especially in ensuring access to education for our children, and this includes those in hospitals.โ
Govt to announce new mobile postpaid package for civil servants tomorrow
- Details
DENGKIL: The government will announce a special mobile postpaid package for civil servants tomorrow, says communications and digital minister Fahmi Fadzil.
He said the special package was being offered following complaints from frontline staff in the field regarding their postpaid subscription prices.
โInsya-Allah, tomorrow there will be some special announcements for civil servants,โ he told reporters after officiating the Merdeka@Komuniti programme for the Dengkil state constituency at Balai Raya Taman Desa Jenderam Hilir here today.
As for the postpaid package for media personnel, Fahmi said discussions will be held with telecommunication service providers (telcos) tomorrow and the decision regarding the matter will be announced later.
โI will raise the matter (for media personnel), and we will see if the telcos agree or not,โ he said, adding that many more good announcements will be made through the efforts of the ministry and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).
Fahmi said the ministry will continue to intensify efforts to reduce the burden on users and ensure that all levels of society enjoy better services at reasonable prices.
โHopefully, internet prices will drop after we implement the Mandatory Standard on Access Pricing (MSAP),โ he said.
On July 31, Fahmi was reported as saying that internet prices were expected to drop by this September, when the MSAP was adopted.
MCMC, in a statement issued on July 11, said the reduction in retail fixed broadband prices following the implementation of the MSAP could only happen once access agreements have been concluded between service providers.
MCMC said that currently, most access providers have or are in the process of publishing reference access offers.
Lebih 20,000 pengunjung meriahkan Hari Pengguna Kebangsaan 2023
- Details
KUALA LUMPUR: Lebih 20,000 pengunjung memeriahkan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang berlangsung di Piazza Pavilion, Bukit Jalil, di sini, bermula Jumaat lalu hingga hari ini.
Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan KPDN, Adiratno Che Ani, berkata jumlah pengunjung itu melebihi sasaran ditetapkan pihaknya iaitu sekitar 10,000 hingga 15,000 orang pada program bertemakan "Pengguna Berdaya, Negara Rahmah Sejahtera" itu.
Beliau berkata, penganjuran program berkenaan adalah selaras komitmen dan usaha KPDN untuk menjadikan setiap rakyat sebagai individu yang tahu hak sebagai pengguna serta berani bertindak untuk hak mereka mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada.
"Tujuan mengadakan HPK 2023 ini bukan sahaja untuk meraikan pengguna tetapi untuk mengingatkan mereka tentang hak yang perlu dipertahankan. Pada program ini, kita memberi maklumat kepada pengguna cara membuat aduan sekiranya ditipu dan sebagainya.
"Kita mahu supaya setiap pengguna mempunyai keupayaan dan bersedia untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak mereka. Insya-Allah, negara akan rahmah dan penuh sejahtera sekiranya objektif ini tercapai," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi HPK 2023.
Read more: Lebih 20,000 pengunjung meriahkan Hari Pengguna Kebangsaan 2023
Peguam hartanah pertahan kenaikan yuran wajar
- Details
KUALA LUMPUR: Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) membantah kenyataan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kenaikan yuran guaman membabitkan pemindahan hak milik membebankan pembeli.
Presidennya, Datuk Nazri Mustafa, berkata kali terakhir yuran guaman bagi pemindahan hak milik dinaikkan ialah enam tahun lalu iaitu pada 2017.
Beliau berkata, Majlis Peguam sudah mengkaji perkara itu sedalam-dalamnya sebelum mencadangkan kenaikan berkenaan.
"Kami tidak bersetuju kenaikan yuran itu membebankan. Sekiranya seseorang itu mampu membeli rumah, mereka juga perlu menyediakan peruntukan kewangan untuk membayar kos terbabit.
"Tidak menafikan rakyat sedang bergelut dengan kenaikan kos, tapi kos yang bagaimana? Mengapa yuran guaman berkaitan transaksi hartanah yang perlu dikorbankan, sedangkan kesejahteraan rakyat ialah tugas kerajaan masa kini," katanya.
MyCC membantah kenaikan yuran guaman membabitkan pemindahan hak milik dalam keadaan rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.
MyCC berkata, walaupun Seksyen 13 Akta Persaingan 2010 mengecualikan perintah pindaan daripada pemakaian akta itu, tindakan yang diambil oleh Majlis Peguam bertentangan prinsip persaingan.
Nazri berkata, yuran guaman bagi pemindahan hak milik masih kedua terendah selepas yuran jurunilai.
"Nilai yuran guaman bagi RM500,000 pertama ialah RM5,000 dan kenaikan 1.25 peratus. Oleh itu, jumlah hanya RM6,250," katanya.
Consumers continue to fight for their rights
- Details
PETALING JAYA: Umrah packages, home improvement, car workshop services, travel agencies and short-term rentals are the top five cases in the services category received by the Tribunal for Consumer Claims Malaysia (TTPM) this year.
Of the 3,484 filings from January to May 2023, 355 were for umrah packages, 343 for home improvement, 175 for car workshops, 145 for travel agencies and 137 for short-term rentals.
In the goods category, the top five filings during the same period were for electrical goods (192), cars (185), telephones (110), furniture (100) and clothes (67).Meanwhile, 7,109 filings were done in 2022, 4,845 in 2021, 5,761 in 2020 and 5,198 in 2019.
For 2022 and 2021, home improvement topped the list of cases filed in the services category โ 757 filings last year and 420 the year before.
Travel agencies topped the list of cases filed in the services category in 2020 and 2019, at 584 and 383 respectively. In the goods category, claims for electrical goods topped the list for four years, with a total of 1,316 cases from 2020 to 2023.
TTPM chairman Hamidun Abdul Fatah advised consumers to make smart choices and look for the right information before purchasing goods or services.
โIf you find that your rights as a consumer have been denied, donโt be quiet and just accept it as fate. The tribunal is here and you can come to the tribunal if the case is within our power scope,โ he said.
Page 33 of 110