Beringat hari ini demi keselesaan hari tua
- Details
Januari 12, 2022 09:00 MYT
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, bencana banjir yang melanda negara telah menyebabkan mangsa mengalami kerugian, susulan kerosakan pelbagai harta benda.
Kesukaran yang dialami juga memaksa segelintir mereka menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dilihat mampu meringankan beban mereka pada tempoh sukar ini.
Namun, sejauh manakah kewajaran bagi membenarkan pengeluarannya dibuat sekali lagi pada kali ini?
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, bencana banjir yang melanda negara telah menyebabkan mangsa mengalami kerugian, susulan kerosakan pelbagai harta benda.
Kesukaran yang dialami juga memaksa segelintir mereka menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dilihat mampu meringankan beban mereka pada tempoh sukar ini.
Namun, sejauh manakah kewajaran bagi membenarkan pengeluarannya dibuat sekali lagi pada kali ini?
โDengan caruman yang rendah, pengeluaran KWSP selagi mana boleh dielakkan adalah lebih baik dan boleh memanfaatkan bantuan daripada kerajaan,โ katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, kata Yusof, negara dijangka mencapai status โnegara tuaโ, iaitu mereka berumur 60 tahun dan ke atas pada 2030 dijangka 15.3 peratus daripada keseluruhan penduduk negara, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia.
Pembelian Kenderaan Sambung Bayar Menyalahi Akta, Bawa Pelbagai โDeritaโ - FOMCA
- Details
11 JAN 2022 9:00AM
KUALA LUMPUR - Kemunculan syarikat jualan yang menawarkan perkhidmatan pembelian โkenderaan sambung bayarโ secara terbuka di media sosial, membuatkan urus niaga berkenaan dianggap sah.
Ditambah strategi iklan menampilkan motto โkenderaan sambung bayar murah, deposit rendah, perjanjian lengkap, senarai hitam lulusโ digunakan penjual, pastinya mampu menarik minat individu yang kurang arif mengenai undang-undang berkaitan pembelian.
Bagi mereka yang kurang faham mengenai istilah kenderaan sambung bayar, ia merujuk kepada kenderaan yang masih mempunyai hutang pinjaman dengan bank, tetapi dijual pemilik asal kepada pihak ketiga untuk meneruskan pembayaran.
Hakikatnya, penjualan dan pembelian kenderaan menerusi kaedah sambung bayar menjadi kesalahan di bawah Akta Sewa Beli 1967.
Akta itu dikuatkuasakan bagi melindungi pengguna daripada tertekan kerana dibebani kadar faedah tinggi dan mengatasi risiko bakal dihadapi pemilik (penjual) serta pembeli kenderaan.
Menurut seorang sumber, aktiviti penjualan dan pembelian kenderaan sambung bayar ini popular kerana dianggap menguntungkan penjual serta pembeli.
Pembeli dikatakan hanya perlu membayar kos keseluruhan dan deposit yang jauh lebih rendah berbanding kenderaan baharu serta terpakai.
โUrusan jual beli kenderaan sambung bayar kenderaan ini tidak memerlukan banyak dokumen sebenarnya, malah tidak payah ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tak perlu tukar nama, jadi memang mudah serta dianggap tidak rumit seperti ditetapkan bank,โ katanya.
Bagaimanapun, Pengurus Kanan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Baskaran Sithamparam berkata, masyarakat harus menjauhi jual beli kenderaan secara sambung bayar kerana ia membawa pelbagai kesan buruk, bukan sahaja kepada pembeli, malah penjual.
Read more: Pembelian Kenderaan Sambung Bayar Menyalahi Akta, Bawa Pelbagai โDeritaโ - FOMCA
High prices due to manipulation in supply chain
- Details
Tuesday, 11 Jan 2022
IT is indeed disheartening for consumers to learn that the prices of basic food items such as chicken and eggs are likely to increase after Feb 4 especially since they are already forking out more now for fruits, vegetables and fish.
The Federation of Consumers Associations Malaysia (Fomca) has been and will continue to raise the issue of high prices of food and other basic essentials and how they affect consumers, particularly those in the low income category.
These consumers are especially impacted by high food prices because a substantial part of their household income is spent on food. We have consistently stressed on the fact that high food prices are caused by price manipulation and the abuse of the Approved Permit (AP) system.
We have pointed out that monopolistic practices along the various sectors of the food supply chain result in high prices for consumers. This point was validated by the Malaysia Competition Commission (MyCC) in its 2019 report on the market review of key food items.
Take the price of ikan kembong, one of the most consumed fish by households in Malaysia, as an example. According to the MyCC report, โmultiple layers of intermediaries in the fisheries supply chain are one of the key factors that drive up the prices of ikan kembung.
โAs the fish reach the market, their price would have increased by almost six different times.โ
There is also opaqueness in price determination along the supply chain, leading to situations where prices of goods and services do not accurately reflect their true value.
Pengguna tak perlu bimbang bil elektrik naik
- Details
10 Jan 2022
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Rakyat tidak perlu risau berhubung tarif elektrik baharu bagi tahun 2022 hingga 2024 yang bakal diumumkan kerajaan tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr Saravanan Thambirajah berkata, dijangkakan tidak berlaku sebarang kenaikan dalam masa terdekat.
Beliau menjelaskan, walaupun terdapat kenaikan yang akan diumumkan, ia tidak menjejaskan rakyat kerana akan ditanggung oleh Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).
โSaya rasa tiada perubahan dalam tarif elektrik. Namun begitu, ia bergantung kepada kos sumber bahan bakar untuk menghasilkan tenaga dan kos operasi penghasilan tenaga. Ini berdasarkan kepada harga bahan api semasa.
โJika ada kenaikan pun, ia akan ditampung melalui subsidi kerajaan oleh KWIE.
โJadi, pengguna tidak akan bayar kalau harga naik. Dalam erti kata lain, ia telah diberi subsidi oleh kerajaan,โ katanya kepada Sinar Harian.
Pada Ahad, kerajaan memberi jaminan tarif elektrik baharu bagi tahun 2022 hingga 2024 akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat tidak akan membebankan rakyat.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan sudah membuat keputusan berhubung penetapan tarif elektrik dalam tempoh tiga tahun berkenaan.
Mengulas lanjut, Saravanan berkata, tarif elektrik perlu dikekalkan bagi membantu rakyat yang masih lagi terjejas akibat pandemik Covid-19 serta bencana seperti banjir dan tanah runtuh.
โSelalu kalau ada kenaikan bil elektrik, harga barang juga akan meningkat.
Ambil tahu kes penipuan dalam talian
- Details
06 Januari 2022
BOLEH dikatakan setiap hari ada sahaja laporan berita tidak kira daripada agensi media mana sekalipun melaporkan isu mengenai penipuan dalam talian.
Bermacam-macam kes penipuan dalam talian yang bertimbun dilaporkan, antaranya Macau Scam, penipuan pinjaman, pelaburan, Love Scam dan seumpamanya.
Walaupun kerap kes seumpama itu dilaporkan di media massa dan media sosial, malah pelbagai medium lain, agak pelik kes-kes berkenaan masih berlaku. Adakah perkara itu terjadi disebabkan masyarakat kita mudah ditipu?
Lebih hairan, adakah orang kita sendiri tidak ambil peduli laporan-laporan berita yang dilaporkan? Sebenarnya, hal itu amat perlu ditekankan.
Kes jenayah penipuan dalam talian haruslah difahami, apa modus operandinya, apakah sasarannya dan bagaimana jenayah itu masih boleh berlaku.
Jika diteliti, mangsa kes jenayah berkenaan bukan calang-calang orang. Ada doktor, jururawat, guru, kakitangan kerajaan dan swasta.
Setiap orang ada telefon bimbit sendiri dan mungkin ada dua atau tiga. Sudah tentu setiap hari skrol Facebook atau medium online lain, adakah tidak sempat untuk mendapat input dan ambil tahu berkenaan kes jenayah sebegini? Didiklah diri.
Bukan kita hendak menyalahkan mangsa ini secara keseluruhan. Tapi, zaman ini yang moden dan canggih, penipuan sudah bergerak tanpa bersemuka.
Sumber :
ยฉ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Pembangunan berlebihan beri kesan banjir terburuk
- Details
06 Januari 2022
SHAH ALAM - Pembangunan berlebihan dan kekurangan pemuliharaan kawasan tadahan air serta kekurangan persediaan menghadapi bencana telah mendedahkan Malaysia kepada kesan banjir terburuk.
Setiausaha Agung Standard Users, Saral James Maniam berkata, hujan lebat dan air pasang menyebabkan beberapa sungai telah melimpah sekali gus mendedahkan banyak kawasan bandar dan hartanah ditenggelami air dan ribuan pemandu terkandas di atas jalan raya dalam kejadian banjir baru-baru ini.
โRamai yang dipindahkan dari rumah mereka dan ada yang terkandas di atas bumbung rumah tanpa makanan dan minuman selama beberapa hari,โ katanya dalam satu kenyataan.
Saral berkata, Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (Nadma) telah melaporkan sebanyak 33 daerah di lapan negeri di Malaysia telah terjejas akibat banjir dan menyebabkan seramai 62,999 orang kehilangan tempat tinggal dan berada di 430 pusat pemindahan.
"Kejadian banjir yang bermula 18 Disember 2021 telah menyebabkan lebih 48 orang terkorban dan mangsa banjir terpaksa menanggung kerugian kerana kerosakan harta benda, rumah dan infrastruktur awam," katanya.
Menurut Saral, kerajaan perlu menggunakan pendekatan yang lebih proaktif dan dinamik terhadap pengurusan banjir.
Beliau berkata, Malaysia perlu meneroka piawaian siri ISO 22300 mengenai keselamatan dan daya tahan sebagai panduan untuk menilai penilaian risiko, penyebaran dan komunikasi pengetahuan, pemantauan dan perkhidmatan amaran, keupayaan tindak balas dan komitmen pihak berkuasa dan komuniti terhadap kemampanan sistem amaran awal.
Sumber :
ยฉ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
PEMBERIAN REBAT BANTUAN BANJIR DISEMBER 2021
- Details
5 Januari 2022
Rebat 100% secara one-off bagi bil elektrik bulan Disember 2021. Diberi secara automatik kepada pelanggan Kediaman (Tarif A โ Domestik), yang terkesan dengan banjir dan boleh dilihat di dalam bil elektrik bulan Januari 2022 dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh bacaan meter dibuat.
Untuk maklumat lanjut sila layari atau hubungi TNB Careline di 1-300-88-5454
CCA, FOMCA capai persefahaman
- Details
09 Disember 2021
BEIJING - Persatuan Pengguna China (CCA) dan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) secara maya pada Rabu yang bertujuan untuk memperhebat lagi kerjasama.
Difahamkan, antara aspek yang terlibat dalam MoU tersebut adalah bidang perkongsian maklumat, pertukaran lawatan, kursus dan pembelajaran, terutamanya dalam usaha untuk menangani rungutan pengguna rentas sempadan.
Untuk rekod, seiring dengan pertambahan penggunaan rentas sempadan dalam talian mutakhir ini, pertikaian penggunaan turut semakin meningkat dan mewujudkan isu penjagaan hak serta kepentingan pengguna.
Situasi tersebut secara tidak langsung memerlukan kedua-dua persatuan terbabit untuk terus menjalankan pemerhatian, menyelidik dan menginovasi mekanisme serta langkah penjagaan pengguna, sekali gus menangani perbalahan rentas sempadan.
Pada masa sama, CCA berharap untuk memanfaatkan MoU itu untuk memperkasa interaksi dan kerjasama dengan FOMCA serta melindungi kepentingan pengguna antara satu sama lain, di samping menyumbang kepada perkembangan hubungan saling mempercayai dan perdagangan dalam kerangka Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). - Bernama
Sumber :
ยฉ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
'RFID ganti Touch 'n Go, SmartTAG perlu penjelasan'
- Details
Jan 2, 2022 9:29 AM
Pengumuman kerajaan untuk melaksanakan pembayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) bermula 15 Jan ini menerima reaksi berbeza pelbagai pihak.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata pelaksanaan tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk memodenkan pembayaran tol dan menambah baik pengurusan kesesakan di plaza tol.
โKita boleh lihat Singapura yang tidak mempunyai tol, perjalanan pengguna jadi lebih cepat sebab tidak perlu berhenti, sentuh kad dan sebagainya seperti yang kita amalkan sekarang,โ katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Menurut Plus, pembayaran tol melalui RFID yang mula diperkenalkan pada 2018 melibatkan lebuh raya terpilih merupakan langkah awal kepada pelaksanaan pembayaran tol tanpa kehadiran plaza tol menerusi Sistem Laluan Terus Pelbagai Lorong (MLFF).
Namun, Mohd Yusof berkata 20 laluan RFID di sembilan plaza tol Plus buat masa ini masih mempunyai palang dan keadaan itu menyebabkan pengguna lebuh raya perlu memperlahankan kenderaan sebelum imbasan dilakukan.
Mohd Yusof juga tidak menafikan kemudahan tambah nilai yang ditawarkan RFID yang boleh dibuat secara dalam talian seharusnya mendapat reaksi positif rakyat.
Read more: 'RFID ganti Touch 'n Go, SmartTAG perlu penjelasan'
More promotion, clarification on RFID needed
- Details
January 2, 2022 @ 11:03am
KUALA LUMPUR: The government's announcement to implement toll payment using the Radio Frequency Identification (RFID) technology on the main stretch of the North-South Expressway (PLUS) from Juru, in Penang, to Skudai, in Johor, effective Jan 15 received mixed reactions from various parties.
For Federation of Malaysian Consumer Associations (FOMCA) deputy president Mohd Yusof Abdul Rahman, the implementation is in line with the government's intention to modernise toll payments and reduce congestion at toll plazas.
"We see Singapore, which does not have toll booths, travelling is faster because there is no need for motorists to stop, scan or touch the card and so on, like what we are doing now, " he said when contacted by Bernama.
According to PLUS, toll payment via RFID was first introduced in 2018 at selected expressways as an initial step to the implementation of toll transactions without the presence of toll plazas through the multi-lane free flow system or MLFF.
However, Mohd Yusof said the current 20 RFID routes at nine PLUS toll plazas still had bars and the situation caused highway users to have to slow down.
He said the value-added facility offered by RFID, which could be made online, should have been well-received by the public.
"As many people say, to top-up Touch' n Go is a hassle. You have to stop at convenience stores or petrol stations, and you have to have cash because cashless top-up is not possible.
"So RFID provides an easier option because the top-up can be done on smartphones either using a debit or credit card, or online banking. It also has a direct top-up feature using e-Wallet," he added.
Page 49 of 110