Fomca terima 253 panggilan telefon untuk dapatkan bantuan emosi
- Details
 05 Ogos 2021
05 Ogos 2021
SHAH ALAM โ Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menerima 253 panggilan telefon daripada pengguna untuk mendapatkan bantuan emosi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Fomca dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya menerima pelbagai kisah daripada mereka antaranya masalah kewangan yang tiada jalan keluar, tiada pekerjaan, tekanan, hubungan dan isu keluarga yang menjadi faktor utama menjadi penyumbang masalah tekanan perasaan.
โSituasi seperti ini yang menyebabkan ramai tertekan dan hilang harapan dalam tempoh krisis pandemik ini.
Jika tidak dikawal dari awal boleh membawa kepada kemurungan, malah akan berisiko untuk percubaan membunuh diri.
โKita perlu ingat setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Justeru itu, jangan menganggap bunuh diri sebagai jalan terakhir untuk kita menyelesaikan masalah,โ kata kenyataan itu.
Fomca turut berkongsi beberapa senarai perkhidmatan sokongan untuk membantu individu atau keluarga yang ingin mendapatkan bantuan kewangan dan psikologi ketika ini.
โJika individu yang mengalami masalah kemurungan dan tekanan emosi, mereka boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental Dan Sokongan (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau 011-63996482, Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 dan KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214,โ katanya.
Menurut kenyataan itu, mereka yang bermasalah juga boleh menghubungi Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929 dan Womanโs Aid Organisation di talian 03-3000 8858 atau SMS/WhatsApp 018-9888058.
Menurut kenyataan itu, mereka yang mengalami masalah kewangan boleh mendapatkan nasihat mengenai penstrukturan semula hutang daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Read more: Fomca terima 253 panggilan telefon untuk dapatkan bantuan emosi
Suri rumah rugi RM45,000 ditipu pelaburan bitcoin
- Details
 Ogos 4, 2021 09:30 MYT
Ogos 4, 2021 09:30 MYT
KUANTAN: Hanya kerana keinginan untuk cepat kaya, seorang suri rumah berputih mata selepas semua wang simpanannya berjumlah RM45,000 lesap akibat diperdaya pelaburan bitcoin tidak wujud pada 26 Julai lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 56 tahun dikatakan berminat untuk melabur selepas melihat satu iklan dan terus membuat pendaftaran dengan sebuah syarikat bagi tujuan pelaburan.
Menurut beliau, selepas itu, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama David Kaminsky memaklumkan wang pelaburan akan digandakan ratusan ribu jika berminat untuk melabur.
"Pada 27 Julai, jam 4.32 petang, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM30,000 melalui aplikasi bitcoin.
"Kemudian, pada keesokan harinya, kira-kira jam 3.26 petang, mangsa memasukkan lagi wang sebanyak RM15,000 melalui bitcoin yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, pada Isnin lalu, mangsa menerima panggilan dari David Kaminsky minta kemasukan wang RM50,000 bagi tujuan pembayaran cukai keuntungan.
Jelasnya, suspek mendakwa mangsa akan memperoleh keuntungan pelaburan RM480,000 seandainya memasukkan wang seperti diminta.
"Bagaimanapun mangsa tidak mengendahkan permintaan itu kerana wang simpanannya sudah habis dilaburkan selain mula mengesyaki ditipu.
"Susulan itu, mangsa telah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan petang Selasa," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mohd Wazir memaklumkan seorang pelajar berusia 21 tahun turut menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian RM10,960. Menurut beliau, mangsa berminat untuk melabur selepas diperkenalkan rakannya mengenai perolehan berganda sekiranya melabur.
Read more: Suri rumah rugi RM45,000 ditipu pelaburan bitcoin
CAP calls for mandatory safety standards for cooking gas cylinders
- Details
 August 3, 2021 @ 10:22am
August 3, 2021 @ 10:22am
GEORGE TOWN: The Consumers' Association of Penang (CAP) has called on the authorities to come out with mandatory safety standards for cooking gas cylinders.
CAP president Mohideen Abdul Kader said in Malaysia, gas leaks causing explosions had resulted in numerous injuries and deaths over the years.
He said the latest incident involved a doctor here, who is battling for his life after a gas explosion left 95 per cent of his body covered in burns.
"In view of the danger of gas cylinders explosion, CAP calls on the authorities to come out with mandatory safety standards for cooking gas cylinders and provide safety procedures on cooking gas use and during emergencies.
"CAP also called on the authorities to make it mandatory for cylinders to carry an expiry date for the cylinder, valve, hose and regulator as well as have regular inspections on the gas cylinders used," he said today.
CAP, Mohideen said, also urged the authorities to:
โข ensure that all parts, including the rubber O-ring conform to standards;
โข establish an agency for testing the cylinder and other related items;
โข establish a regulatory agency for the cooking gas industry;
โข make it mandatory for hawker stalls and food outlets to have fire extinguishers on hand; and
โข promote gas safety awareness.
Where consumers are concerned, Mohideen said, they should:
โข keep their kitchens clean as oily surfaces catch fire easily;
โข check the condition of the gas cylinder before using. Pay attention to the rubber seal inside the cylinder head (after the cap is removed). The seal prevents leaks after the regulator is inserted;
Read more: CAP calls for mandatory safety standards for cooking gas cylinders
Video IKLAN YANG MENGELIRUKAN PENGGUNA
- Details
Video TEBUS RUGI PENGGUNA
- Details
Kerajaan tetapkan harga runcit maksimum minyak masak
- Details
 July 27, 2021 10:05 PM
July 27, 2021 10:05 PM
PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol berkuat kuasa 1 Ogos ini, dengan jaminan pengguna akan mendapat minyak masak di bawah harga RM30 untuk botol 5kg.
Dalam pengumumannya hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyenaraikan harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit dalam kemasan botol 5kg pada harga RM29.70 sebotol, botol 1kg (RM6.70), 2kg (RM12.70) dan 3kg (RM18.70).
KPDNHEP dalam kenyataannya berkata kerajaan telah bersetuju melaksanakan program harga kawalan berasaskan nilai ambang minyak sawit mentah (CPO) dengan harga minyak masak sawit botol 5kg diputuskan untuk dikawal supaya harganya tidak melebihi RM30 sebotol.
Kementerian itu berkata pelaksanaan harga kawalan itu dibuat susulan pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengenai komitmen kerajaan membantu rakyat meringankan kos sara hidup.
Kata kenyataan itu lagi, ia juga bagi menangani isu kenaikan harga CPO di pasaran dunia yang mempengaruhi harga minyak masak sawit tulen tidak bersubsidi di pasaran tempatan.
โDengan pelaksanaan harga kawalan untuk minyak masak tulen, pengguna adalah dijamin untuk mendapatkan minyak masak tersebut dibawah harga RM30 bagi 5kg dan pada lain-lain kuantiti juga tanpa mengira kepada kedudukan harga sawit semasa,โ kata KPDNHEP.
KPDNHEP berkata penetapan harga runcit maksimum minyak masak itu dibuat di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2021 dengan turut mengambil kira pandangan agensi-agensi, industri dan trend harga di pasaran.
Sumber:
Macau scam syndicates now targeting those aged above 51
- Details
 July 24, 2021 5:47 PM
July 24, 2021 5:47 PM
KUALA LUMPUR: Older adults aged 51 and above form the largest age group of victims of Macau scam syndicates due to their lack of exposure to such cases.
Federal Commercial CID director Mohd Kamaruddin Md Din said those aged 51 and above were the prime targets of the syndicates because they were financially stable and had savings for their old age.
He said the findings were from a police analysis of cheating cases in the country.
โIt is sad when money to be used for retirement disappears because people become victims of fraud,โ he said in a statement today.
Based on police statistics, Kamaruddin said 29.3% or 1,621 individuals of the 5,535 Macau scam victims, reported from 2019 to June this year, were aged 51 and above.
He said victims aged 41 to 50 made up 17.8% of the cases, those aged 31 to 41 formed 25.3%, those from 21 to 30 made up 26.2%, while victims under 20 years old formed 1.5% of the cases.
Kamaruddin added that during the period, 5,527 Macau scam cheating cases were recorded by the department, involving losses totalling RM327,910,835.05.
A total 2,466 cases were recorded in 2019 (with losses of RM121.85 million), 2,247 cases in 2020 (RM172.7 million) while 814 cases were reported from January to June this year (RM33.3 million), he added.
He said communication among family members was crucial to channel information and keep each other alert on such cases as well as the latest cheating methods used by the syndicates.
He said children who were directly exposed to information on social media should inform older family members, including their parents, on the issue.
Source:
Lapor BNM jika bank enggan beri moratorium
- Details
 KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) sekiranya ada bank komersial enggan meluluskan pemberian moratorium pinjaman.
KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) sekiranya ada bank komersial enggan meluluskan pemberian moratorium pinjaman.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr Marimuthu Nadason, berkata BNM memaklumkan pihaknya bahawa individu yang terjejas pendapatan ketika pandemik perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan moratorium pinjaman.
"Dalam sesi pertemuan secara maya, baru-baru ini, BNM berkongsikan inisiatif yang diambil dan menyarankan pengguna menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan moratorium.
"BNM memaklumkan bank komersial menerima jumlah panggilan yang tinggi membabitkan moratorium dan bantuan bayaran balik pinjaman.
"FOMCA menyarankan pengguna untuk membuat laporan kepada BNM jika bank komersial enggan memberikan moratorium pinjaman.
"BNM boleh dihubungi menerusi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Marimuthu berkata, BNM juga memaklumkan syarikat insurans menawarkan moratorium selama tiga bulan dan pengguna perlu menghubungi syarikat atau ejen insurans masing-masing untuk maklumat lanjut.
Katanya, FOMCA turut memaklumkan kepada BNM mengenai aduan pengguna, khususnya warga emas yang berdepan isu perlindungan insurans luput kerana lonjakan premium.
"BNM memaklumkan mereka sedang menyiasat mengenai 'Inflasi Perubatan' kerana industri insurans menggunakan alasan itu untuk menaikkan premium perubatan.
"FOMCA menyokong usaha ini dan berharap BNM akan memainkan peranan penting pada masa depan dalam mengawal kenaikan premium menggunakan alasan inflasi perubatan," katanya.
Dalam pada itu, Marimuthu menasihatkan pengguna yang berdepan masalah kewangan dan sukar menguruskan hutang, supaya menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan bantuan dan nasihat kewangan percuma.
"AKPK akan memberi kaunseling atau membantu membuat penstrukturan pinjaman dengan memberi keutamaan kepada kebajikan pengguna," katanya.
Sumber:
Jangan mudah terpedaya dengan gimik jualan murah di internet - MCMC
- Details
 Julai 23, 2021 10:32 MYT
Julai 23, 2021 10:32 MYT
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak terpedaya dengan sebarang gimik jualan murah yang terdapat di dalam Internet.
Kebanyakan produk ini dijual daripada laman sesawang atau aplikasi tidak berdaftar di dalam negara dan ia tidak tertakluk kepada akta di dalam Malaysia.
Sesetengah produk yang dipromosikan di platform tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.
Pengguna juga akan menghadapi masalah untuk mendapatkan hak pengguna daripada platform berkenaan jika kualiti produk yang telah dibeli melalui gimik jualan murah tersebut gagal memenuhi jangkaan yang dikehendaki oleh pengguna.
Justeru, sebagai langkah yang lebih selamat, orang ramai adalah digesa untuk lebih bijak dalam menilai jualan dan promosi di platform e-dagang sedemikian.
Sentiasa berwaspada dengan promosi yang dijalankan dan platform yang digunakan ketika melakukan transaksi.
Di samping itu, teliti juga syarat-syarat perkhidmatan dan polisi yang berkaitan dengan pembayaran balik dan pampasan yang ditetapkan oleh penyedia platform edagang, bagi melindungi diri daripada terdedah kepada risiko yang tidak diingini.
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT MCMC
Sumber:
Jangan lakukan pembakaran terbuka
- Details
 21 Julai 2021
21 Julai 2021
PUTRAJAYA - Orang ramai diingatkan tidak melakukan pembakaran terbuka terutama di kawasan mudah terbakar.
Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, data Jabatan Akan Sekitar (JAS) menunjukkan banyak kes pembakaran terbuka berlaku di kawasan pelupusan sampah sarap, kebun tanaman, tapak pembinaan dan industri.
"Malaysia berada pada fasa Monsun Barat Daya sehingga September depan.
"Taburan hujan akan berkurang dan pembakaran terbuka berpotensi menyebabkan jerebu," katanya menerusi Twitter pada Rabu.
Menerusi ciapannya, Tuan Ibrahim berkata, melakukan pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 29A (2) atau 29B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Ia memperuntukkan kompaun sehingga RM2,000 bagi setiap kesalahan, denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber :
Page 57 of 110
 
											 
                                                                                        
                         
                                                                                        
                         
                                                                                        
                         
                                                                                        
                         
                                                                                        
                         
                                                                                        
                         
                                                                                        
                         
                                                                                        
                         
                         
                                                                 
                         
                                    






