ฯใฝถสำฦต

ฯใฝถสำฦต MALAYSIA
Toggle Navigation
  • ฯใฝถสำฦต
  • PROFIL FOMCA
    • Sejarah FOMCA
    • Penasihat & Bekas Presiden FOMCA
    • Pemegang Amanah FOMCA
    • Penasihat Undang-Undang FOMCA
    • Majlis Tertinggi FOMCA 2023-2026
    • Ahli Gabungan Fomca
    • Pengurusan
    • Consumer International (CI)
    • Dasar Kualiti & Alam Sekitar FOMCA
  • INFO PENGGUNA
    • Hak-hak Pengguna
    • Tanggungjawab Pengguna
    • Pusat Aduan Pengguna
    • Apakah Standard?
    • Pusat Penyelidikan Dan Sumber Pengguna
    • Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia
    • Apa Itu Hak Asasi Manusia
    • Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
  • KEMPEN
    • SWITCH! - Kecekapan Tenaga
    • Kempen Konsumer Kebangsaan (3K)
    • Hari Pengguna Malaysia (HPM)
    • Kempen Fit-in-Tariff (FiT)
    • Pengguna Berhemat
    • Pengurusan Kewangan
    • GALERI FOTO
  • FOMCA DI PENTAS MEDIA
    • FOMCA di Pentas Media 2025
    • FOMCA di Pentas Media 2024
    • FOMCA di Pentas Media 2023
    • FOMCA di Pentas Media 2022
    • FOMCA di Pentas Media 2021
    • FOMCA di pentas media 2014 - 2015
    • FOMCA di pentas media 2012 - 2013
    • FOMCA di pentas media 2011
    • FOMCA di pentas media 2010
    • FOMCA di pentas media 2009
    • FOMCA di pentas media 2008
    • FOMCA di pentas media 2020
    • FOMCA di pentas media 2019
    • FOMCA di pentas media 2018 - 2019
    • FOMCA di pentas media 2016 - 2017
    • FOMCA Press Release
    • CONSUMER DIGEST
  • PENYERTAAN HPM 2002 - 2024
  • HUBUNGI KAMI
    • Peta Lokasi FOMCA
  • design1.jpg
  • DESIGN_7.png
  • design_8.png
  • Untitled-1.jpg
  • Untitled-2.jpg
  • Untitled-3.jpg
  • Untitled-4.jpg
  • Untitled-5.jpg
Previous Next Play Pause

CAP: Ensure local cattle, buffaloes free from lumpy skin disease

  • Print
  • Email
Details
Created: 10 June 2021

This June 2 pic shows cattle imported from Thailand infected with the lumpy skin disease (LSD). - Pic courtesy of Maqis.June 10, 2021 @ 9:42am
GEORGE TOWN: The Consumers' Association of Penang (CAP) has called on the Department of Veterinary Services (DVS) to activate a surveillance programme to detect, control and prevent the spread of lumpy skin disease (LSD) nationwide.

This follows recent reports that LSD, which infects the skin of livestock, was detected in a cattle farm in Simpang Pulai.

LSD is a zoonotic disease (meaning that it cannot infect humans) caused by a type of Capripoxvirus.

The disease is known only to infect cattle and buffaloes.

CAP president Mohideen Abdul Kader said, according to the United Nations (UN) Food and Agriculture Organisation (FAO), the disease was first identified in Africa sometime in 1929 and has since spread to other parts of the world.

He said LSD had reportedly spread in several Asian countries including India, Bangladesh, Nepal, Bhutan, China, Chinese Taipei, Vietnam, and Myanmar and most recently in Thailand.

"The LSD not only causes chronic debility and death in infected farm animals, it also has an economic impact on the world as it disrupts the trade of livestock and livestock products, globally.

"In view of this, CAP calls on the DVS to tighten the conditions for the import of live cattle from abroad in collaboration with the Malaysian Quarantine and Inspection Services Department (MAQIS)," he said today.

Mohideen said the DVS should also take action on any consignment of imported cattle that show symptoms of LSD at the quarantine station.

On Tuesday, the DVS announced a ban on cattle and buffaloes from Thailand after LSD cases were reported in 41 provinces in the country.

Read more: CAP: Ensure local cattle, buffaloes free from lumpy skin disease

Selesai segera isu minyak masak botol

  • Print
  • Email
Details
Created: 10 June 2021

fomca logoJun 9, 2021 @ 8:54pm
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mencari jalan untuk mengawal kenaikan harga minyak masak dalam botol supaya ia tidak membebankan pengguna.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata mereka maklum mengenai harga minyak mentah meningkat, namun ketika rakyat berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan sekatan pergerakan penuh, perkara itu perlu dipertimbangkan.

Katanya, perlu difahami ketika ini rakyat ada yang tertekan kerana hilang pekerjaan, kurang pendapatan maka kerajaan perlu kurangkan beban ini dengan melihat kepada harga barang keperluan.

"Saya percaya ketika PKP ini pergerakan terhad, jadi ramai ambil keputusan beli minyak masak dalam botol kerana jumlahnya lebih banyak berbanding dalam paket yang biasanya dihadkan satu pelanggan hanya dua atau tiga paket saja.
"Perlu diingat ketika PKP ini ramai yang duduk di rumah maka keperluan minyak masak itu mungkin bertambah sepatutnya dipertimbangkan penurunan harga," katanya kepada BH mengulas isu kenaikan harga minyak masak botol yang kini mencecah sekitar RM30 bagi botol lima kilogram.

Semalam, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, harga minyak masak botol di pasaran sekitar RM30 bagi lima kilogram adalah munasabah memandangkan kenaikan harga minyak sawit bertapis yang tinggi pada masa ini.

Katanya, purata harga minyak sawit mentah (MSM) antara RM4,000 hingga RM4,500 satu tan menyebabkan kenaikan harga minyak sawit bertapis lebih tinggi kepada sekitar RM5,000 satu tan.

Mohd Yusof turut mencadangkan supaya pengeluaran minyak masak paket ditingkatkan.

Katanya, untuk tidak membebankan perlu dicari jalan penyelesaian menang-menang untuk semua pihak.

Sementara itu, Pemuda Perikatan Nasional (PN) mahu harga minyak masak botol diselaraskan bagi mengurangkan beban rakyat.

Read more: Selesai segera isu minyak masak botol

Bank โ€˜buruโ€™ peminjam guna notis peguam ketika PKP, kata FOMCA

  • Print
  • Email
Details
Created: 10 June 2021

fomca logoGEORGE TOWN: Bank dan firma undang-undang mula โ€œmemburuโ€ pelanggan yang gagal membuat bayaran dengan mengenakan yuran undang-undang terlalu tinggi ketika waktu sukar ini, kata kumpulan pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Saravanan Thambirajah, berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna bahawa bank mula mengenakan caj tambahan ke atas semua hutang mereka.

Beliau berkata, berdasarkan aduan diajukan melalui pusat aduan pengguna kebangsaan, jika surat peguam dihantar kepada pelanggan yang ingkar, bank akan mengenakan caj tersebut ke akaun mereka.

Saravanan berkata, tindakan bank itu juga pantas, di mana surat peguam akan menyusul dalam masa kurang sebulan, terutama kepada mereka yang sebelum ini adalah pembayar yang baik tetapi bergelut untuk bertahan akibat PKP.

โ€œKejam kerana bank mencari jalan untuk menghukum pelanggan ketika berdepan pandemik. Kebanyakan mengadu selama ini mereka membayar tepat pada waktunya dan tiada tunggakan. Mereka adalah pelanggan yang menggunakan arahan debit langsung, di mana wang ditolak terus dari simpanan mereka.

โ€œSektor perbankan dilihat seperti cuba meraih keuntungan daripada mereka yang benar-benar terkesan akibat wabak itu. Bank Negara Malaysia perlu menyiasat sama ada ini adalah modus operandi baharu bagi bank dan peguam untuk memperoleh keuntungan,โ€ katanya dalam kenyataan.

Saravanan berkata, bank pusat perlu mengaudit berapa banyak kes yang mendapat notis peguam dan berapa banyak bank yang mengenakan caj ke atas pelanggan mereka sejak PKP bermula.

Beliau berkata, idealnya moratorium atau bantuan lain perlu ditawarkan kepada yang berhak, terutama mereka yang sebelumnya ini membuat pembayaran tepat pada waktunya.

Read more: Bank โ€˜buruโ€™ peminjam guna notis peguam ketika PKP, kata FOMCA

Banks โ€˜making a killingโ€™ with legal notices during MCO, says Fomca

  • Print
  • Email
Details
Created: 10 June 2021

fomca logoJune 9, 2021 5:31 PM
GEORGE TOWN: Banks and legal firms are making a killing by charging exorbitant legal fees on those who miss out on payments during these hard times, a consumer group has claimed.

Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) CEO Saravanan Thambirajah said they had received many complaints from consumers that their banks have levied extra charges on top of whatever they owed.

He said that based on complaints lodged through the national consumer complaints centre, if a lawyerโ€™s letter is sent to a defaulting customer, the bank would charge the sum to their account.

Saravanan said the bank action was swift, too, with lawyerโ€™s letters given within less than a month, especially to those who had been good paymasters but are struggling to make ends meet due to the MCO.

โ€œDuring the time of the pandemic, it is cruel that banks look for ways to penalise customers. Most complained that they had been paying on time and had nothing overdue. These were customers with direct debit instructions, where money was deducted directly from their savings.

โ€œIt looks like the banking sector is trying to profit from people truly affected by the pandemic. Bank Negara Malaysia must investigate whether this is a new modus operandi for banks and lawyers to make a profit,โ€ he said in a statement.

Saravanan said the central bank must audit how many cases were served with lawyer notices and how much banks charged their customers for these since the MCO began.

He said that ideally, a moratorium or other assistance should be offered to the deserving, especially those who have been previously servicing their dues on time.

โ€œBNM should temporarily revise their code of conduct and guidelines with regard to serving lawyerโ€™s notices during the pandemic. Many consumers have lost their jobs or had their incomes substantially decreased.โ€

Source:

Elderly hard-hit by insurance premium hikes

  • Print
  • Email
Details
Created: 10 June 2021

fomca logo09 Jun 2021
Senior citizens are feeling the huge impact of rising medical insurance premiums, according to a consumer advocatesโ€™ group.

The Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) is urging Bank Negara Malaysia, the countryโ€™s central bank, to intervene, according to a report by Free Malaysia Today.

Paul Selvaraj, FOMCAโ€™s secretary-general, said that senior citizens often rely on their savings to meet daily expenses. These savings are usually from the Employees Provident Fund (EPF).

However, more than 50% of EPF contributors over age 54 have savings below MYR50,000 (SG$16,000), while two-thirds (67%) do not have a minimum of MYR240,000.

Rising costs of living, coupled with increasing insurance premiums, are placing financial strain on senior citizens, he argued.

โ€œThe sharp and unjustified increases by the insurance companies put pressure on senior citizens to lapse in paying their premiums and thus they lose their coverage,โ€ Selvaraj said, as reported by Free Malaysia Today. He cited a survey conducted by FOMCA, which found that 42% of the respondents reported premium increases between 20% and 230%.

The lack of regulation, he continued, will allow insurers to increase premiums at will and to the detriment of the elderly.

โ€œThis is a cruel approach towards senior citizens,โ€ Selvaraj said. โ€œBut without protection by the regulators, it appears that consumers, especially the senior citizens, are at the mercy of the insurance companies if they want to maintain their coverage.โ€

Source:

Kerajaan perlu segera kuat kuasa Akta Kawalan Harga

  • Print
  • Email
Details
Created: 09 June 2021

fomca logo09 Jun 2021
SHAH ALAM - Kerajaan perlu segera menguatkuasakan Akta Kawalan Harga bagi mengawal kenaikan harga barangan asas termasuk minyak masak yang berlaku ketika ini.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr Marimuthu Nadason berkata, akta tersebut perlu digunakan bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga yang tinggi.

โ€œKita mempunyai Akta Kawalan Harga. Kerajaan harus menggunakan akta ini pada masa ini untuk barangan asas seperti minyak masak, beras dan gula. Ini semua adalah barangan keperluan asas yang diperlukan rakyat semua.

โ€œSetiap tahun, kita ada musim perayaan dan kerajaan guna akta itu untuk harga siling. Begitu juga sekarang, kita gunakan harga siling kepada barangan asas supaya ia tidak boleh naik mendadak.

โ€œKalau kerajaan tidak tolong dan membiarkan sahaja, rakyat akan jadi susah. Bagaimana untuk mereka mendapatkan sumber bahan makanan,โ€ katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Marimuthu turut mencadangkan agar kerajaan mempunyai satu sistem amaran awal terhadap barangan yang berkemungkinan kehabisan stok dalam masa terdekat.

Katanya, kerajaan juga harus memberi kelonggaran kepada pihak yang mampu mengimport barangan asas bagi memastikan stok mencukupi.

โ€œKerajaan harus memberi kelonggaran kepada mereka yang boleh mengimport. Tak perlu ada monopoli.

โ€œKalau semua barangan dimonopoli pihak tertentu, bagaimana mahu mendapatkan barangan dengan harga berpatutan?โ€ soal beliau.

Sumber:
ยฉ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Minyak masak subsidi habis

  • Print
  • Email
Details
Created: 09 June 2021

Terkejut minyak masak mahal'9 JUN2021

SHAH ALAM - Isu kenaikan harga minyak masak sejak kebelakangan ini mencetuskan rasa bimbang pengguna khususnya peniaga makanan.

Tinjauan pada hari kedua Sinar Harian mengenai isu kenaikan harga minyak masak mendapati rak-rak menempatkan minyak masak subsidi di beberapa kedai runcit dan pasar raya di beberapa negeri telah pun kosong.

Hasil tinjauan akhbar ini juga mendapati peruncit di sekitar bandar raya ini terpaksa mengehadkan jualan minyak masak dalam peket satu kilogram (kg) kepada pembeli berikutan stok bekalan berkurangan, dalam masa sama mendapat permintaan tinggi.

Ada juga peniaga meletakkan had seorang pelanggan tidak boleh membeli melebihi dua atau tiga peket dalam satu masa.

Pemilik kedai runcit di Seksyen 15, S Kumar, 44, berkata, dia terpaksa berbuat demikian berikutan bekalan stok bahan berkenaan semakin berkurangan sejak dua minggu lalu.

โ€œKita terpaksa mengehadkan jualan kerana bimbang nanti ada pihak yang membuat pembelian secara banyak, sedangkan stok yang kita terima daripada pembekal semakin berkurangan,โ€ katanya.

Kumar berkata, sebelum ini, dia mengambil sekitar tiga ke empat kotak minyak masak daripada pembekal, namun jumlah itu berkurangan sejak kebelakangan ini.

โ€œOleh kerana stok yang ada pada kita pun terus berkurangan, kita terpaksa mengehadkan jualan bagi setiap orang bagi membolehkan lebih ramai untuk membelinya,โ€ katanya.

Di PERAK, bekalan minyak masak bersubsidi di sekitar bandar raya ini masih boleh diperoleh pengguna biarpun jumlah pembelian terhad.

Tinjauan di beberapa kedai runcit dan pasar raya mendapati orang ramai masih boleh mendapatkan minyak masak tersebut dengan setiap seorang dihadkan hanya dua peket.

Read more: Minyak masak subsidi habis

'Aduhai cik misi, RM94,000 lesap...'

  • Print
  • Email
Details
Created: 09 June 2021

scam 1Jun 8, 2021 @ 11:23pm
Port Dickson: Seorang jururawat mendakwa kerugian RM94,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, wanita berusia 31 trahun itu membuat laporan polis pada 5 Jun lalu mendakwa ditipu sindiket menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Mangsa menerima panggilan daripada nombor talian mudah alih yang mendakwa daripada LHDN dan memaklumkan dia mempunyai tunggakan cukai RM38,600.90 berkaitan syarikat didaftarkan atas namanya.

"Mangsa menafikan perkara ini dan panggilan disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan untuk tujuan membuat laporan polis secara dalam talian," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya bercakap dengan pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner dan diminta untuk memuat turun pautan aplikasi MyBNM.

Menurutnya, dalam aplikasi itu, pengadu kemudiannya memasukkan butiran nama dan nombor kad pengenalan miliknya.

"Aplikasi ini dikatakan untuk tujuan keselamatan supaya wang di dalam akaun mangsa tidak ditolak untuk tunggakan cukai itu.

"Bagaimanapun, apabila membuat semakan dengan pihak bank, wanita itu mendapati wang simpanan di dalam salah satu akaun miliknya sudah dipindahkan kepada beberapa akaun tidak dikenali dalam 11 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM94,000," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Read more: 'Aduhai cik misi, RM94,000 lesap...'

Fomca: Pantau dan tingkatkan pengeluaran minyak masak paket

  • Print
  • Email
Details
Created: 09 June 2021

fomca logo8 Jun 2021, 9:28 pm
Selepas isu kenaikan harga minyak masak melambung tinggi, kini timbul pula masalah kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi atau minyak masak paket di pasaran, kata Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Timbalan Setiausaha Agungnya, Nur Asyikin Aminuddin berkata dakwaan itu timbul selepas Fomca dan ahli gabungannya terutama di luar bandar menerima aduan daripada pengguna mengenai kesukaran mendapatkan minyak masak paket di tempat mereka.

"Fomca sedia maklum dengan isu kenaikan harga minyak. Namun begitu, keterdapatan minyak masak paket juga menjadi persoalan," kata dalam satu kenyataan.

Ekoran daripada itu, Nur Asyikin meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan dan meningkatkan pengeluaran kuantiti minyak masak paket supaya lebih ramai pengguna dapat menikmati subsidi minyak masak.

โ€œApabila kenaikan minyak sawit yang terlampau tinggi buat masa ini, tidak mustahil ada pihak yang gelap mata untuk mengaut keuntungan yang lebih.

โ€œMaka, pemantauan ke atas minyak masak paket perlu dijalankan secara menyeluruh supaya tiada pihak yang bermain dengan kuantiti minyak masak yang bersubsidi ini dan supaya isu integriti juga terpelihara," katanya.

Sementara itu, Nur Asyikin turut membangkitkan persoalan mengenai isu kualiti minyak masak paket bersubsidi.

Menurut Nur Asyikin, pemantauan terhadap kualiti minyak masak sangat penting kerana ia melibatkan isu kesihatan pengguna yang menggunakannya.

"Pihak berkuasa perlu memantau kualiti minyak masak paket secara berkala, bukannya berdasarkan aduan pengguna supaya kualiti minyak paket sentiasa terkawal rapi.

Read more: Fomca: Pantau dan tingkatkan pengeluaran minyak masak paket

Kenaikan harga minyak bebankan rakyat

  • Print
  • Email
Details
Created: 08 June 2021

Harga minyak masak botol meningkatJun 8, 2021 @ 1:48pm
Kota Bharu: Kenaikan harga minyak masak botol lima kilogram (kg) selain kekurangan bekalan minyak paket bersubsidi secara tidak langsung memberi kesan serta membebankan orang ramai.

Tinjauan di beberapa pasar raya, pasar mini, dan kedai runcit di sekitar Kota Bharu mendapati harga minyak masak botol lima kg naik sehingga RM7 sebotol berbanding harga sebelum ini iaitu antara RM25 hingga RM33 bergantung kepada jenama.

Pada masa sama, tinjauan di kedai runcit pula mendapati kebanyakan peniaga mengalami masalah kekurangan bekalan minyak masak paket sejak lebih sebulan lalu menyebabkan pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli minyak masak botol walaupun harganya agak mahal.

Bagi peniaga makanan, Siti Nuraisyah Ibrahim, 32, berkata, sejak dari dahulu lagi minyak masak dalam botol menjadi pilihannya disebabkan penggunaannya lebih tahan lama selain kualiti juga lebih bagus berbanding minyak masak di dalam paket.

"Bagaimanapun sejak seminggu lalu selepas kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh (SPP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 saya mendapati minyak masak botol lima kilogram sudah naik harga.

"Sebelum ini harga minyak masak itu adalah antara RM25 hingga RM27, namun tidak sampai sebulan minyak masak berkenaan naik secara drastik sehingga mencecah harga RM33.

"Harga barang keperluan terutama minyak masak yang melonjak naik sangat membebankan pengguna apatah kepada mereka yang mengusahakan perniagaan menjual makanan demi kelangsungan hidup," katanya ketika ditemui di KB Mall, di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang suri rumah, Siti Zawinah Zainal Abidin, 56, berkata, sebelum ini, harga minyak masak dalam botol dianggarkan antara RM20 hingga RM30 mengikut jenama.

"Bagaimanapun, saya sangat terkejut dengan kenaikan mendadak harga minyak masak botol lima kg berbanding sebelum ini dan dalam masa sama penggunaan minyak masak pada setiap bulan juga bertambah disebabkan mempunyai anak ramai dan setiap hari perlu memasak untuk mereka.

"Saya rasa harga minyak masak ini mula naik sejak beberapa minggu lalu kerana sebelum ini saya ada membeli minyak masak pada harga RM26, namun hari ini ia dijual pada harga RM30.50," katanya.

Read more: Kenaikan harga minyak bebankan rakyat

  1. Panic buying a sign of anxiety: Expert
  2. Harga minyak masak naik lagi, KPDNHEP dirayu jangan โ€˜tutup mataโ€™.
  3. Cut down on grocery runs to stay safe
  4. Senior citizens severely hit by increase in insurance premiums, says Fomca
  5. Lack of enforcement causing more environmental damage, says group
  6. Kerani, guru rugi lebih RM22,000 ditipu Macau Scam
  7. Bank Negara: Loan borrowers whoโ€™ve seen income drop eligible for lower monthly installments
  8. Moratorium 3 bulan untuk B40, rakyat hilang pekerjaan
  9. Muhyiddin: Loan repayment aid, moratorium worth RM30b to benefit five million borrowers
  10. Fomca demands moratorium, salary cut for MPs ahead of lockdown
  11. Semakan tarif air PBAPP ikut kelulusan Kerajaan Persekutuan
  12. Takziah kepada keluarga arwah Tuan Haji Ahmad, Pengerusi Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (PELINDUNG)
  13. HAS YOUR INSURANCE COMPANY INCREASED THE PRICE OF YOUR MEDICAL PREMIUMS?
  14. Mechanism to reduce energy cost
  15. Beli-belah cara ekspres - FOMCA

Page 60 of 110

  • 55
  • 56
  • 57
  • 58
  • 59
  • 60
  • 61
  • 62
  • 63
  • 64
  • You are here:  
  • Home

MAJALAH RINGGIT

WhatsApp Image 2025 08 01 at 08.44.28 b39bff50

๐Œ๐€๐‰๐€๐‹๐€๐‡ ๐‘๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ๐“ ๐„๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐Ÿ“ฒ
๐๐ข๐ฅ ๐Ÿ - ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“
๐Ÿ‘‰


๐ƒ๐€๐๐€๐“๐Š๐€๐ ๐ˆ๐๐…๐Ž & ๐“๐ˆ๐ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐„๐‘๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐’๐„๐‚๐€๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹
๐Œ๐€๐‰๐€๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‘๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ๐“ adalah usahasama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menyampaikan pendidikan kewangan kepada anda.

๐Ÿ“š Baca & Muat Turun kesemua edisi RINGGIT melalui pautan:

MAJALAH CEKAP

CEKAP07 CoverSM 01

MAJALAH CEKAP
Edisi 7 - JANUARI 2025


Mahukan tip pengurusan dan kecekapan tenaga?

Dapatkan CEKAP terbitan FOMCA serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk rujukan anda. 

Baca & Muat Turun kesemua edisi CEKAP melalui pautan di bawah:

MAJALAH GENERASI PENGGUNA

PNG COVER PAGE MAJALAH GENERASI PENGGUNA 2024 min

MAJALAH GENERASI PENGGUNA
EDISI 2024


Mahukan tip dan maklumat pengurusan kewangan?

Dapatkan majalah GENERASI PENGGUNA terbitan FOMCA serta KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN) untuk rujukan anda. 

Aduan Pengguna

Atau
Hubungi Kami di talian
03-7877 9000 / 03-7877 1076
untuk membuat aduan kepenggunaan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

Most Read Posts

  • Hak-hak Pengguna
  • Apakah Hak Asasi Manusia?
  • WHAT ARE SMART METERS?
  • PENGGUNAAN TENAGA BOLEH BAHARU LEBIH MENGUNTUNGKAN DAN SELAMAT
  • Meter Pukal VS Meter Individu

Traffic

5.png5.png3.png7.png5.png0.png0.png
Today3538
Yesterday5981
This week37196
This month37196
Total5537500

2025-09-06

ฯใฝถสำฦต MALAYSIA
FEDERATION OF MALAYSIAN CONSUMERS ASSOCIATIONS
NO. 24, JALAN SS1/22A, 47300 PETALING JAYA, SELANGOR, MALAYSIA
T: 03-7876 4648 / 03-7877 4741 | Email: fomca@fomca.org.my

Back to Top

© 2025 ฯใฝถสำฦต MALAYSIA